Monday, March 12, 2007

Coti..

"Siapalah yang bising pepagi buta nih?" rungut pokcik tatkala lena diulit mimpi dinihari pokcik agak terganggu asyiknya. Kedengarannya bagai bunyi ketawa2, mengilai2 dan sesekali menderum2. Kira riuh rendahlah diluar sana tu.

Perlahan2 pokcik merangkak2 ke luar. Menguak pintu dan menenyeh2 mata patplo kali.


"Hoi!.. Dol, main apa pepagi buta nih?. Tak gi sekolah ke?" laung pokcik apabila menyedari bahawa bising2 tadi adalah angkara si Dol sebelah nih. Sedang sibuk berlari keliling rumah dia. Sesekali tersesat plak pi keliling pondok pokcik nih..iksh iksh

"Apalah tok nih.. kan dah cuti sekolah nih.." jeritnya sambil menyeringai.

Pokcik terbeliak mata, hingga jatuh berguguran taik2 mata tanpa dipinta.

"Erks..? Cuti sekolah?" . Rasa nak terkoma itu jam jugak. Alahaiii

Nota Cagu : Oops.. pokcik baru tukar lagu baru, dari Juanes, La Camisa Negra. Saja nak ceria2 cam selalu. senang gelek2 ( Walau pun sebelum bergelek tuh dok perati dan tercari2 yg mana satu perut, yg mana satu pingang.. sama jek saiznye kekekek )

Kabo2 nye, kawan pokcik, ebriza pun suka lagu nih.. ceh ceh.. layann..

Dan tikus kat atas tuh Cik Tom bawak balik semalam, tak jadi dimakannya sbb ada bakat menari2 alahaii..

3 comments:

Purpleheart said...

Amboi cerianya lagu.. ok la cenggini tak le bosan orang dengar yek..

Kalo rajin nari lepas ni bolehla tau tang mana pinggang tang mana perutnya, hehehehhe..

sd. said...

selamat bercuti~
n
salam perkenalan..

:: saya sayda :D::

Mersik said...

purpleheart - ceh ceh nak gelek la tuh. Haa.. jgn malu2 gitu hik hik..

sayda - Slmt bercuti sama.. hik hik pokcik nih tak sekolah pun cuti gak.. warga emas gitu hik hik

Salam kenal2an.. haa bleh gak (sambil tunduk2 malu) kekeke alahaii