skip to main |
skip to sidebar
Bangun pagi sambil memandang kekanan dan kekiri membuatkan pokcik rasa terjanggal hari ini. Pokcik hampir2 terlupa, semalam adalah Hari Wanita. Oh.. itu yang pokcik cari2 selama ini.. sang wanita.. alahaii patut ler resah gelisah jek.. hik hik
Namun apakan daya, hidup pokcik telah sepi sejak dulu lagi. Wanita datang dan pergi meninggalkan kenangan yang manis dalam hati. Dari kecil hinggalah dewasa, kita tak boleh lari dari wanita. Mana mungkin lari, sedangkan pada fitrahnya pun sudah ada chemistry. Alahaii
Tanpa WANITA, apa agaknya akan jadi pada dunia ini? Walaupun di sisi agama ada tersebut akan kurang lebihnya peradaban mereka tapi kedudukkannya dilihat amat tinggi sekali. Macam2 tafsiran dan perumpaman diberikan pada mereka. Pokcik hanya ingat yang baik2 sahaja. .
WANITA sebagai pendidik, budi dan jasanya tak mampu dibalas dgn wang ringgit. Tangan yang mengoncang buaian mampu juga mengoncang dunia (pokcik) tatkala sesekali bertentangan mata. Membuatkan pokcik rasa muda sentiasa. Alahaii.. mungkin pokcik harus ucapakan ini pada Marpunah Janda depan simpang tuh. Tentu dia gembira kalau pokcik datang berjumpa. Tak elok pokcik melari2kan diri.. hik hik
Kepada WANITA yang suka memerhatikan, menjeling2 dan menggoda2 pokcik nih, terima kasih jugalah pokcik ucapkan. Kalau tak kerana itu tak akannya otak pokcik nih berangan2 sambil berfantasi.. elok juga untuk mengetar2kan jantung yang mula berdegup2 perlahan nih. Sebab kata oang, otak tanpa fikir dan imiginasi adalah otak yang mati. Uii.. sib baik ler pokcik kuat berangan.
Para WANITA yang mungkin kurang senang dengan peribadi dan tatacara pokcik nih, tiadalah yg dapat dilakukan melainkan menyusun sepuluh jari ampun dan maaf agar diri ini tidak dihukumi. Al maklom lah, dalam pada bermesra2 ada hati yg terasa, dalam pada menulis2 ada hati yang terguris, dalam pada bermadah seloka ada hati yg terluka, Dalam pada ketawa gumbira ada pula hati yang tak ceria. Apalah daya pokcik.. sudah puas bermanis2, hingga diserang kencing manis.. namun yang pahit pun pokcik telan juga. Tak mampu pokcik nak meramal perasaan hati manusia nih.
Kepada para WANITA yang sudah kembali mengadap ILAHI, marilah kita sedekahkan Fatihah dan Yaasin banyak2 supaya roh2 mereka itu dicucuri rahmat. Para isteri, adik2, makcik2, nenek2 atau ibu yang lebih disayang itu. Hanya itulah sahaja yg dapat membantu. Hidup hanya seketika, umpama embun dihujung rumput, tatkala sinar mentari menyuluh maka hilanglah ia.
Sekali lagi pokcik ucapkan Selamat Hari WANITA, buat wanita2 diluar sana. Tak lupa juga selamat dan salam pokcik hulurkan sempena hari Jumaat yg penuh berkat ini. Syukur banyak2 kerana masih diberi izin untuk bernafas cuma. Selamat berhujung minggu juga buat anda semua pengunjung pondok pokcik yang sentiasa sudi kemari hari2.
Pokcik memang menghargainya.. sangat2 menghargai.. kehadiran anda semua membuatkan hidup pokcik serba ceria..Walau susah sekalipun, senyuman dan raut wajah tulus dan ikhlas (yg pokcik bayangkan ) mampu meleraikan kekusutan yang menyusahkan fikiran pokcik nih.
Nota :
Pokcik sungguh gembira hari ini, tapi entah mengapa air mata ini masih mengalir lagi sejak semalam. Puas sudah diseka2 tapi hati pokcik tak cukup kuat sebenarnya untuk menambat duka.
Mungkin karena seoang WANITA juga.. alahaii
6 comments:
pok chik...dah dah jgn sedey2 ok..BTW nape pok chik takap wanita dtg dan pergi dalam hidup pok chik sejak dari dulu tuh..nshy xbrape faham ..maksud pok chik ?
wakakakka...
fenin.. kepala aku fenin maaa!
Ambui, sensitip gak pakcik ni ek.. apa-apa pun time kasih ler kerana mengingati hari wanita, ada juga pompuan yang lupe.
Nah pakcik, saya bagi tisu sebakul, lap ler air mata tu, buruk benor rupenye.. cuba senyum sikit. barulah ceria sikit dunia ni.
noushy - Ooo maksud wanit dtg dan pergi tu.. yo la.. sapa2 yg terlibat dlmhidup kite spt cikgi sekolah tadika, mek senah ajor ngaji, mak timah jual kuih, che som jiran umah..kawan2 sekolah , adik beradik tak terkecuali ibu.. bila dah lama2 tentu ada yg dah mati atau putus hubungan. semenya menjadi kenangan2 gitu..sesekali teringat cam nostalgik plak kekek alahaii
( Yg dah tak sedih hu huu hik hik )
puteh seroja - Alahaii.. jgnler pening2.. kite minummmm duluuu ( sambil sua kopi tongkat Ali hik hik)
purpleheart - Alah hati oang tua, halus, mulus, tulus , fulus, kalkulus, kus kuss gituu hik hik
(Sambil sengih mesra dgn gigi beberapa batang cuma hik hik)
x ramai yg appreaciate d existance of women in their life..thnx coz u r..
b happy k ;)
sayda - hik hik alah..sesama insan, pe salahnya saling berkasih2an.. hik hik *wink*
Post a Comment