Monday, January 28, 2008

Taggy2 la plak..


Hujung2 minggu ni pokcik tak wat pepe. Bila ada oang taggy2 ni cam seronok la plak. Maklom la lama tak main..

Mekasih dewi sukma…


1. Name one person who made you laugh last night?
Tok Lipat.. (sewaktu pokcik miscall2 dia). Ada ka dia kata nak masuk AF6. Itu tak pe la.. pas tu dia kata nak nyanyi sambil bukak2 baju lagi.. tebiat agaknya oang tua tu.

2. What were you doing at 0800?

Tidoo...

3. What were you doing 30 minutes ago?
Tidoo….

4. What happened to you in 2006?
Pokcik tercampak ke alam maya… Alam ni la.. alahaii

5. What was the last thing you said out loud?
Cik Tom! Jangan tinggal dakuuu… waaaaaa!

6. How many beverages did you have today?
Uii tak terkira banyok nyer, selagi daya gitu.. Hidup kopi tongkat Ali!.

7. What color is your hairbrush?
Atas hitam sikit, tengah2 perang, belah2 bawah tu cekelat.

8.What was the last thing you paid for?
Pre paid.

9. Where were you last night?
Di pondok ni la...

10. What color is your front door?
Sama kaler ngan dinding dan atap pondok. kelabuuuu

11. Where do you keep your change?
Bawah bantal. Tapi rasa2nya banyak yang Ah Seng simpankan.

12. What's the weather like today?
Suam2 kuku...

13. What's the best ice-cream flavor?
Tongkat Ali.

14. What excites you?
Saat buka mata lepas tido. Ooo hidup lagi pokcik ni , Alhamdulillah.

15. Do you want to cut your hair?
Hmm.. nak potong gak, tapi mamak kedai tu kata.. rambut pokcik agak kurang dan jarang2 , dia suo tunggu bior tumbuh panjang sikit.. Tah ler, dah dekat 10 thn tunggu. Makin lama makin kurang la plak.. alamat tak akan potong2 la jawapnya..

16. Are you over the age of 25?
Sat kira aa.. err errr.. ha’ah.. hr tu dah 63 , thn depan masuk 36 la plak.. hik hik

17. Do you talk a lot?
Uii.. very very a lot… lot, lotter, lottest.

18. Do you watch the O.C.?
Hmm.. tak tahu la plak.. Kut O.C tu yg tenguk pokcik ka.. sapa tahu? Hik hik.

19. Do you know anyone named Steven?

Steven Tanjung , kawan pokcik masa muda2 dulu yg gemor tgk cite Steven Siegal. Dia asal Tanjung Bugah, Penang.

20. Do you make up your own words?
Err.. err pokcik kurang pakai2 Make Up ni.. natural beauty gituu

21. Are you a jealous person?
Tak la.. alah nak jeles pe dah tua2 ni.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.

Aspalela…

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kak Aspalela

24. Who's the first person on your received call list?
Tak de sesapa.. sapa la yg sudi nak miscall2 pokcik ni.. hu huu

25. What does the last text message you received say?
'Brader, wa bukan Marpunah.. wa Mat Pinar.. kalau mau barang baik, mau stone.. silalah, jgn malu2.. peace! ( oops.. kantoi.. salah no rupanya kekekek ).

26. Do you chew on your straw?
Dan try, tawar jek rasanya.. terus tak wat lagi

27. Do you have curly hair?
(sambil raba2 atas kepala ). Hmm.. lebih kurang cam hairless jek ni..

28. Where's the next place you're going to?
Alam yang kekal abadi. Waaaa.. takotnya...

29. Who's the rudest person in your life?
tak dak sapa2.. seme insan di muka bomi ni pokcik layan dan anggap baik.. hik hik ( cehh budimannyaa akuu ).

30. What was the last thing you ate?
Sekut kering

31. Will you get married in the future?
Hik hik hik.. err errr ( dalam hati kata nakkkkkkk ).

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Jejak bertapak , hik hik eh, 2 weeks ka atau 20 thn ?.

33. Is there anyone you like right now?
Yup.. myself.. I peel good.. na na na na na... I peel good na na na na

34. When was the last time you did the dishes?
Akhir thn lepas.. waktu kenduri umah oang kahwin.. pokcik tukang rewang basuh pinggan. Lepas 2,3 biji.. surrender dah.. sakit pinggang hik hik

35. Are you currently depressed?
Apa nak depress2… enjoy da life la.. ceria selalu. Awet muda u.. hik hik.

36. Did you cry today?
Ada.. nangis dalam hati.. hu huut.

37. Why did you answer and post this?
Dewi tag. Lagi pun pokcik dah lama tak main taggy2 ni.. cam winduu la plak kekeke

38. Tag 5 people who would do this survey.
Tak yah laa.. maluuu hik hik..



Thursday, January 24, 2008

wel... wel...


Pokcik hampir terlupa akan perayaan ini. Selalunya tak begini. Entah macam mana jalan itu penuh sesak pula dengan penganut2 hindu yang mula datang sesudah fajar sidiq muncul. Penuh semangat membara, penuh rasa tanggungjawab, penuh niat mengabdi serta sarat membawa hajat. Dari se ringan2 hajat sampailah yang paling berat.

Wel...well...
Well...well..

Jenuh la pokcik nak melepaskan diri. Harus juga pokcik terperangkap disitu. Dihimpit sana sini, ditolak ke kanan dan kiri, digesel Aci Kumari, dilaga Chennai Maliga, ditonjol Mohandass Aru .. adusss… rosak la plak nanti hajat yg pokcik bawak ni..

Akhirnya pokcik nekad…

Wel… wel..
Wel… wel..

Ditengah2 kesesakan itu. Ada yang terpinga2 melihat seorang oang tua membawa hajatnya di atas kepala dengan bersungguh2..

Tak lain adalah se tin sekut kering Hup Seng.

Hik hik

Wel.. wel
Wel.. wel

Monday, January 21, 2008

Tak sanggup.

Sejak dua hari lalu, pokcik berasa sedikit susah hati mengenangkan gigi pokcik yang satu ini. Satu antara dua yang tinggal.

Sesekali gusinya berdenyut2 hingga tersakit sama segala urat sarap dibawah dagu, leher hingga membawak ke atas kepala. Berangkai2 sakitnya sampai pokcik tidak tertahan rasanya. Ngilu mengasak hingga rasa seperti hendak pitam saja. Sekejap2 dia hilang , dan “selama2 “ dia sakit.

Harap2 tidaklah jadi apa2 pada gigi penyeri sengih pokcik ni. Kalau tidak, Oh! tak sanggup rasanya nak memikirkan kebarangkaliannya.

Tak rela pokcik menjadi insan serba kekurangan gitu.

Bukannya OKU , tapi... lebih kepada OKG yakni “ Orang Kurang Gigi “

Alahaii...

Thursday, January 17, 2008

Hidup ini umpama...


“Hidup ini umpama kurap yang melata dikulit badan,“ kata seoang kutu lapuk yang pokcik temui di bawah kolong jambatan pada suatu pagi yang mirip2 waktu maghrib remangnya. Barangkali memang sudah waktu maghrib la kut.

Pokcik terkebil2 mendengor.. tak pernah pun su umor hidup pokcik mendengor falsafah yg bersifat kesihatan gitu. Walaupun khazanah “ayat-ayat merapu“ pokcik agak banyak koleksinya, tapi yang ini.. pelik sungguh dirasakan.

Dia menambah lagi ,

“Kalau terlalu kuat menggaru , maka akan pedih dan sakit kulit dibuatnya . Kalau terlalu perlahan pula, tidak akan terasa nikmat menggarunya "

“Maka , bergarulah seadanya, sesedap rasa...“

Sambil ketawa melekek , dia memasukkan tangan di dalam baju lalu menggaru dengan penuh kesedapan.

Pokcik geleng kepala melihat gelagatnya, komdian.... ketawa patplo kali .

Memang falsafah ni, bersifat universal gitu.. sesiapa pun boleh berfalsafah, hik hik

Alahaiii....

Tuesday, January 15, 2008

Fragmen Dol Leman : Misteri Kebun Pisang

Di langit, bulan penuh jelas kelihatan tanpa dilitupi awan. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing dari kejauhan. Kadang-kadang kuat dan panjang-panjang lolongannya. Suppa yang berjalan paling akhir kerap tertoleh-toleh ke belakang. Hatinya turut gelisah.

“Saya rasa seramlah,” bisik Suppa perlahan-lahan. Dol dan Ku Chai menoleh seketika.

“Apa yang awak takutkan? Bukankah kita bertiga?” jawab Ku Chai.

“Awak tak dengarkah bunyi anjing tu? Malam sebelum ini tak ada. Malam ini pula ada. Eee... seramlah saya. Kadang-kadang macam bunyi serigala pun ada. Jangan-jangan, serigala jadian?” Suppa meluahkan rasa bimbangnya, yang sebenarnya lebih kepada rasa takut.

“Isy... apa yang awak merepek ni? Alah… cuma bunyi anjing. Lagipun jauh bunyinya,” jawab Dol, sekadar menyedapkan hati rakan-rakannya.

“Betul tu. Tapi nenek saya kata, kalau bunyi salakannya panjang-panjang, itu bermakna ia ternampak hantu.” Kali ini Ku Chai pula tiba-tiba menyampuk.

“Hantu?” Dol dan Suppa menyoal serentak. Mereka sudah mula berasa tidak selesa.

“Betulkah, Ku Chai? Nenek awak masih ada lagi?” soal Suppa cuba mendapatkan kepastian.

Ku Chai menggeleng. “Dia sudah meninggal… kerana anjing,” jawabnya perlahan.

Kali ini wajah Suppa semakin cemas. Dol pula, menelan air liur beberapa kali.

“Apa? Kerana anjing? Anjing itu gigit nenek awakkah?” soal Suppa bertalu-talu. Dol juga menanti dengan penuh saspens.

Lalu Ku Chai pun mula bercerita, “Tak adalah. Dia dikejar anjing. Semasa dia lari hendak menyelamatkan diri, dia terjatuh ke dalam longkang. Habis luka-luka kaki dan tangannya. Sepuluh tahun lalu, barulah dia meninggal.”

“Kenapa mesti tunggu selepas sepuluh tahun?” soal Dol spontan.

“Memang sudah ajal dia. Doktor kata, dia mati kerana sakit jantung,” jawab Ku Chai.

“Ayoo... yoo… Ku Chai, apa kena-mengena sakit jantung dengan anjing yang kejar nenek awak?” Suppa mula menggaru-garu kepala. Cerita Ku Chai itu, semakin mengelirukan pula. Dol pun terkebil-kebil cuba menangkap maksud cerita, terutamanya kaitan antara anjing dan nenek Ku Chai.

“Kalau anjing itu tak kejar dia, tentu dia tak terperanjat dan lari lintang-pukang sampai jatuh ke dalam longkang. Tentu jantungnya masih sihat sampai sekarang. Oleh kerana terperanjatlah, hayat nenek saya jadi pendek. Kalau tidak, dia tentu masih hidup.” Ku Chai membuat kesimpulan.

"Ku Chai, awak buat kami kelirulah. Nenek awak mati bukan sebab anjing, tetapi sebab sakit jantung,” sangkal Dol apabila merasakan kaitan antara kedua-duanya tidak masuk akal langsung.

“Ya, betul... tapi anjinglah puncanya. Saya pasti!” Ku Chai tidak mahu mengalah.

“Sudahlah, Ku Chai. Suka hati awaklah. Penat saya dan Suppa hendak melayan. Mari kita pergi.”

Akhirnya Dol mengiakan sahaja. Malas dia hendak berlawan cakap dengan Ku Chai. Nanti misi mereka jadi terbantut pula. Dia kembali meneruskan perjalanan.

Suppa pula terus mengikuti Ku Chai rapat-rapat.

Lagu kasih...

Tumpang, tumpang, tumpang, tumpang kasih
Tumpang, tumpang, tumpang, tumpang sayang

Kau cantik jelita ,
Aku terpesona
Kau rindu belaian,
ku nak menumpang manja.

Pokcik tiba2 terkenang akan lagu dari Hang Mokhtar. Beliau adalah penyanyi lewat tahun 80an sezaman dengan Pak Pandir (si penyanyi) yg menyanyikan lagu2 rakyat penuh lucu dan sinikal.

Kedengarannya agak menghiburkan dan membuat kebanyakan oang tersengih2. Dari giginya tersusun penuh sampailah yg tinggal dua batang cam pokcik ni. Sebut pasal kasih ni, ramai juga yg suka dan tersipu. Apatah lagi bila ianya boleh ditumpang2 gitu.

Kadang2 lagu memainkan peranan yg penting dalam menyemarakkan lagi niat berkasih sesama insan. Sebab itu lagu2 yg sedomkian byk mendapat tempat dihati pemggemar muzik. Hidup tanpa kasih dan cinta akan jadi hambar, ibarat kopi tanpa gula, hanya pahit semata2. Kadang2, cinta ianya begitu kuat hingga boleh mengubah hidup dan masa depan seseorang.

Lagu2 cinta pada tahun 80an lagilah buat pokcik makin nak tergelak. Masa tu tengah hangat dengan rock cintan2, dimana kebanyakan lagu2nya adalah lebih kepada irama yang mendayu2 dari beberapa kumpulan berambut panjang, berseluar ketat dan ber T-Shirt corak ganas , kunun rock ala2 cendawan selepas hujan gitu.

Bayangkan, antara lirik2 yg biasa kita dengor, mula2 sang pencinta akan bertemu cintanya yg kunun suci bersih. Kemudian, tanpa hujan dan ribut, ia punah ditengah jalan.

Sedih hatinya bukan kepalang, air mata tumpah tak tertakung. Lalu dia merayulah pada kekasih hati supaya jangan pergi. Dikenang2nya saat manis dan indah bersama. Tapi perpisahan tetap juga terjadi.

Dalam pada menyesali sungguh2 akan apa yg terjadi, sang pencinta tersebut akhirnya memujuk hati sendiri, merawat duka serta hati yang lara.

Dan yang mendengarnya pun akan tangkap leleh.

Alahaii...

Geli ketiak pokcik dibuatnya..

Friday, January 11, 2008

Mengenang...


Mengenang rentetan peristiwa semalam membuatkan pokcik hampir2 menitiskan taik mata dalam dengkur yg panjang. Apakan daya, otak ini sudah terlalu tua untuk mengingati sekian kenangan yang indah2 dek kerana seringkali dilanda kelupaan yg merisaukan hati.

Sebahagian dari kita memang berkebolehan utk mengingati sepanjang tahun sudah perjalanan hidup ini. Antara yg manis dan pahit semuanya segar diingatan. Berpusing2 ibarat layar lara. Pada yg mempunyai diari tentunya akan lebih mudah untuk membaca kembali.

Pokcik masih lagi bersantaian di kala bulan mengambang. Merenung awam hitam dibalik kedinginan lewat malam dan berfikir2 akan hidup ini, yang berlalu terlalu deras. Mengenangkan sesetengah kenangan ibarat menoreh luka sendiri. Menyesak dada dan membikit hati jadi kecut. Yang manis pula bisa membuat bibir terherot2 sengihnya, sampailah ke pagi.

Walau sebaik mana pun agenda yg kita rancangkan, tapi akhirnya Tuhan juga yg mentakdirkannya. Namun, kalau usahanya sudah semampunya, tak usahlah hendak bergundah gulana hatta bermuram durja. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.

Harap2 tahun baru ini tidaklah terlalu mengecewakan sangat. Walaupun perubahan tarikh atau angka tidak memberikan makna apa-apa pada sesetengah orang, namun pada masa dan tarikh tertentu.. kita kena juga berubah. Kehidupan didunia sangat mencabar sejak akhir2 ini. Penuh liku dan lekuk. Jangan sampai kita jauh ketinggalan dah tenggelam punca.

Terlalu banyak ruhsia hati ingin pokcik sampaikan disini. Termasuk juga hajat2 tertentu yang barangkali terlalu “tak sampai hati“ untuk dikongsikan bersama. Walaupun pokcik baru " tiga tahun pokok durian " berada dialam maya ini, tapi sudah terasa lama kaki pokcik tidak berapa jejak di alam nyata. Terlalu lama pokcik hanyut rasanya.

Namun disatu saat yg lain pula, pokcik berasa sangat gumbira kerana bertemu ramai teman2 yg sudi menerima dan menyokong akan santai serta rapu2an pokcik selama ini. Setia melayan, setia berborak, setia kasih, setia berbicara dan setia singgah2 untuk bertanya kabo walau hanya menuliskan ayat yg skema2 saja.

Jauh disudut hati, pokcik sangat2 menghargainya.. kalau anda seme ada didepan mata, ingin rasanya pokcik memaut tubuh mu dan mendakap dengan seerat2nya, tanda terima kasih yg tinggi tahapnya. ( Perhatian : Yg lelaki sahaja pokcik dakap, Yg pompuan plak, kalau rasanya bakal didakap (tanpa sengaja) sila lempang pokcik patplo kali )

Akhir kata, semoga kita2 sama2 diberkati hidupnya dibumi ini , walaupun kadang kita selalunya ada dialam maya, kita masih belum lagi dikategorikan sebagai "oang yg diculik ke alam maya ". Rasa sedar kita masih ada bersama tanggungjawab yang dipikul. Sentiasalah ada fikiran untuk jadi lebih baik, lebih sihat, lebih bagus dan lebih besar jiwanya untuk berjaya didunia dan akhirat.

Semoga kita dapat meneruskan hidup ini dengan lebih bermakna lagi.

Mudah2an..

Selamat bercuti hujung minggu , kenang2 pokcik selalu.. yihaaa

Wednesday, January 09, 2008

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429

Pokcik sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat tahun baru Hijrah 1429 buat sekelian pengunjung pondok semua.

Semoga tahun baru Islam ini akan lebih memberi makna pada anda semua baik dari segi sejarah Hijrah tu sendiri ataupun peristiwa yang berlaku didalamnya.

Pada yang bercoti esok, selamat berehat2 dan bersantaian. Moga ceria selalu.

Tuesday, January 08, 2008

Tanah kita...


Kadang kala pokcik rasa seperti berada di tanah seberang sahaja. Di hadapan pondok pokcik ni, sering kali warga2 asing lalu lalang. Kadang mereka menegur atau sekadar melambai tangan. Rasanya, mereka tinggal di kotai2 berdekatan tapak perumahan baru tu. Yg pokcik cerita umah dah siap tu baru fasa yg terawal.

Bila pokcik berjalan2 lagi kesana, ternyata makin ramai yg menghuni disitu. Selain orang2 indon, ada juga warga nepal, india dan juga bangla. Melihat kepada tempat tinggal mereka, tentu ramai yg tak sudi dan terasa geli. Pondok kayu yg buruk, dibuat panjang2 buat menapung warga asing yg ramai, bekalan air dan api yg ditarik merata, entah dimana sumbernya. Mereka tidak kisah duduk berhimpit2 disana sini. Survival mereka sangat tinggi.

Awal tahun 80an dulu, sewaktu pokcik muda belia dan gagah perkasa, jarang pokcik lihat warga asing jadi buruh binaan. Lagi pun waktu tu binaan yg baru2 pun tak berapa banyak. Ramai oang kita yg mengerjakannya. Sekarang ni hampir kesemua tapak projek serata Malaysia telah dihuni oleh pekerja2 asing ini. Mereka sudah jadi pekerja mahir.

Tapi itulah, apabila sudah ramai yg berhijrah ke sini maka kita pun akan jadi tidak selesa. Dimana2 sahaja boleh jumpa oang indon, bangla, inda dan nepal. Baik lelaki mahpun perempuan Hinggakan dalam suatkabo baru2 ini ada menyatakan “mereka“ telah mengambil alih 20% dari peluang pekerjaan di Malaysia. Bagi mereka , Malaysia adalah syurga atau lubuk uwang. Mereka kabarkan hal2 gembira sahaja di sini membuatkan yg lain kepingin sekali kemari, sama ada dengan izin atau tidak.

Kita pun tak kurang silapnya jugak. Makin lama, jadi semakin malas. Sikit2 nak upah oang indon. Membuat kerja2 umah pun jadi semakin mudah apabila bibik ada. Warung mamak dan bistro sudah penuh dengan warga nepal. Belum lagi termasuk di sektor2 tani dan perniagaan.

Tengok sajalah ubahsuai di rumah yg baru siap, yg pokcik tengok beberapa minggu lepas. Kalau pun kontraktornya cina atau melayu, namun yg bekerja tetap indon juga. Belum lagi yg menawarkan keja tambah secara bersendirian ( diluar waktu kerja ) seperti memasang lampu, cuci rumah, kerja2 paip , tukar lantai porch, bikin tembok dll. Makin lama duduk sini mereka semakin pandai melihat peluang. Duit mudah betul dicari. Dalam longkang pun ada. Janji kena rajin dan mulut sentiasa manis.

Pokcik terfikir juga lagi 10 atau 20 thn akan datang, apa akan jadi kepada rakyat kita , masyarakat M’sia dan generasi kita khususnya. Apakan mereka akan tahan bersaing atau semakin santai dihanyut ombak yg menghancurkan. Kita bukan mencemburui rezeki mereka tapi dalam masa yg sama kita tidak perlu seronok dengan rezeki kita yg ada. Bahkan, agama juga tidak menggalakkan supaya alpa dengan apa yg ada.

Dari itu sempena tahun baru yg terburu2 ni datangnya, pokcik menyeru pada semua supaya bangkit dan melihat kembali sejarah yg banyak memberi ajar. Masyakarat tidak harus dilihat takat ini sahaja, tapi perlu difikiri jua nasib anak cucu kita di masa akan datang.

Banyak dugaan dan kisah2 pelik berlaku saban hari. Kisah2 yg kita tak pernah terfikir pun. Kekejaman manusia, kepelikan sifat insan, kehancuran moral, kelupaan pada budi baik serta keakraban hubungan sesama manusia yg kian pudar.

Kita kena jadi kuat, rajin, berfikiran jauh dan kekal dengan sifat2 kemusiaan. Negara perlukan kita untuk maju begitu jua masyarakat setempat dan insan semua.

Ini bumi yg bertuah, didalamnya ada darah nenek moyang kita. Mereka pernah berjuang untuk kita suatu waktu dahulu hingga kita hidup senang lenang serba manja.

Adakah kita sudah lupa?

Sunday, January 06, 2008

Dia telah kembali...

Satu minggu yg lalu…

Pokcik sedang bersantai2 di anjung pabila disapa dengan satu suara budak. Bunyinya dekat benar ditepi pondok. Lantas pokcik menoleh. Kelihatan seorang anak india tercongok sambil tersengih2 memandang pokcik.

“Tadaa… tadaa… “ ujar pokcik seraya menggapaikan tangan. Tentu dia nak cari suatkabo lama atau botol2 untuk di jual. Biasanya selalu juga budak2 india merayau cari barang2 untuk kitar semula.

Namun anak india itu masih tidak berganjak.

Pokcik memerhati lagi dengan mata kelabu. Agaknya dia tak faham kut cakap melayu klasik pokcik ni. Tiba2…

“Atokkkkkkkkkkkkkkkk….!“

“Opocots.! Hampir2 nak terkoma pokcik dibuatnya. Lantas pokcik terus meneliti lagi.

“Asparaguss… engko , Dol? “ jerit pokcik dengan rasa kurang percaya. Dia masih tersengih2 lagi menampakkan giginya yang lebih cerah dari warna kulitnya..

Berubah sungguh budak Dol ni. Berlama2an di kg sudah cukup untuk mengitam legamkannya. Tah apa2 lah yg di main di kampung tu. Dah tak macam rupa yg dulu dah. Sekarang dah macam rupa pekerja keretapi maut di Burma la plak.

“Apsal ko nampak berkilat ni? Berjemur ke? “ pokcik menyoal sambil menggeleng.

“Main perang2 tok…” jawapnya ceria. “Isy budak ni, tak abih2 ngan perang2 dia” , pokcik merungut sendiri, dengan rasa sediiit perihatin.

Dengan tiba2 dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya…

Peng! peng!

Pokcik ditembak ( dengan pistol kayunya ) tanpa belas kasihan.

“Atok kena… atok kena… “ jeritnya lagi sebelum lari balik ke umah.

Terkejut pokcik dibuatnya. Aii.. sempat lagi tuh.

Kalau tidak kerana pengajian tadika hendak bermula. Tentu dia tak nak balik ke sini.

“Haii.. budak Dol ni, bertuah betul…” omel pokcik lagi.. sambil tersenyum.. seolah2 ada windu yg sudah terubat.. hik hik

Alahaii…

Saturday, January 05, 2008

Selamat Tahun Baru Masihi 2008

Barangkali, agak terlewat gitu..

Walau bagaimanapun, pokcik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2008.

Biasalah… dalam usia yg sebegini, mengenang sesuatu yang berkaitan dengan waktu dan masa, pokcik selalu sahaja keciciran.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ( yang hanya berubah angka sahaja), para pengunjung sekelian akan dapat merangka satu azam yang lebih membina, strategik, mampucapai dan tidak bersifat kunun2 sahaja.

Bagi diri pokcik pula, rasanya tak mahulah nak berazam beriya2 sesangat. Kebanyakan azam yang pokcik canang2kan tiap2 tahun kadang2 hanya tinggal azam sahaja. Cuma kalau boleh, pokcik harap tahun ni, tubuh badan ni akan sentiasa sihat dan masih bertenaga untuk bercerita dan menulis seperti biasa.

Dan lagi, pokcik masih mampu lagi bersantaian2 di pondok seperti selalu.. ditemani kopi Tongkat Ali dan sekut kering.

Alahaii…

Friday, December 28, 2007

Berfikiran dan berjiwa besar...


Seharian melungsuri perumahan yang baru siap, tidak jauh dari kediaman pondok pokcik amatlah meletihkan. Namun kerana keterujaan yg menggunung, sayugialah pokcik berjalan2 menonong2 melihat deretan umah2 yg cantik bentuknya dan kaler yg mempersonakan. Dan ianya sudah sedia untuk diduduki bila2 masa saja.
Untuk maklomah seme, tanah dah umah di Shah Alam ini sangat2lah tinggi harganya. Walaupun begitu… sebarang usahaniaga yang melibatkan material yg ini tetap juga mendatangkan hasil yang berlipat ganda untungnya. Zaman sekarang ni, oang semakin banyak duit, oang semakin mampu membeli.

Dalam pada melihat2 sekeliling perumahan yg cuma ada empat baris sahaja itu, pokcik jadi terperanjat apabilaterpandangkan umah yg rasanya sudah siap itu, semakin jadi tak siap. Dipecah sana sini dengan batu serta pasir yg berlonggok2. Oh, rupa2nya kebanyakan pemiliknya ingin mengubahsuai rumah2 mereka. Yg tambah depan lain, belakang lain, atas lain, bawah lain.. pendek kata selagi ada duit selagi tu la boleh di alter sana sini mengikut citarasa yg tak pernah puas.

Melihatkan sahaja pengubahsuaian kebanyakan rumah2 di sini yg ibarat berlumba2 itu, sudah cukup untuk menaikkan bulu roma pokcik. Ngeri gitu rasanya.

Dalam masa yg sama, jenuh jugak la pokcik menolak serta melarikan diri dari sang2 kontraktor yg ramah menyapa, menyuakan bisnis kad selain menghambur kata2 manis, menawarkan kemampuan terbaik mereka demi menyampaikan hajat si pemilik umah untuk jadi lebih luar biasa selesanya.
Agaknya mereka ingat pokcik salah seorang pemilik umah di situ kut. Hmm.. kalaulah pokcik dapat umah kat situ, maunya tak sempat masuk.. Asik terkoma2 jek kat depan pintu.. hik hik

Lagipun, pokcik pernah terbaca kata2 seorang motivator barat supaya kita perlu sentiasa berjiwa dan berfikiran besar dalam mengharungi kehidupan ini.

Agaknya, itu juga perlu untuk memiliki umah yg besor...

Alahaiii.....

( Yg berpondok kecik tapi... berperigi besor dibelakang. )

Thursday, December 27, 2007

Bolehlah boleh...


“Cubalah try tuka ini pula pocii… “ mamak itu kian memujuk.

“Tak mahu.. tak sedaplah, tak macam yg ni… “ pokcik menyanggah.

“Ini pun sama juga. Lagi bagus apa.. semua boleh, lagi ada umpphh kalu...” balas mamak itu lagi.

Pokcik hanya menggeleng. Tetap dengan pendirian asal. Mamak tu terkulat2 jadinya

Pokcik terus mengambil kopi Tongkat Ali seperti selalu dan mamak itu dengan hampanya menarik kembali kopi “abang boleh “ yang disuanya sebentar tadi.

Biasalah, oang tua.. kadang2 takut gitu akan perubahan.. hik hik..

Alahaiii.....


Nota Cagu :

Buku Dol Leman telah mula dilihat menyelinap masuk di gedung2 dan toko2 buku besar seperti MPH, Popular dan juga yg tak berapa popular seperti di gerai mamak.

Jika anda melihat sengihan mamak itu lebih lebar dari biasa, bermakna buku Dol Leman ada disitu... hik hik hik

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Pokcik ucapkan ,

buat pengunjung semua yg dikasihi sekelian.

Semoga di hari raya korban tahun ini, kita akan lebih memahami makna korban yang sebenar.

Jaga diri anda semua baik di musim2 sementalaah kita sedang berada di musim hujan.

Sentiasalah memantau keadaan banjir setempat...

Dan juga berhati2 di jalan raya kalau memandu pulang ke kampung.

Tuesday, December 18, 2007

Inilah harinya...

Hari ini genap lagi setahun pokcik diberikan peluang untuk hidup dibumi ini.

Selamat Hari Jadi, pokcik !


Pokcik panjatkan syukur dan berdoa banyak2 supaya hayat ini akan terus sihat dan sering mengingati sang pencipta dalam reda yang tak pernah surut.

Kini, apabila mengimbau sejarah kehidupan berpuluh tahun yang lampau, umpama melihat kereta F1 meluncur didepan mata. Tak sempat tergedip mata, ianya susah jauh meninggalkan, dengan bunyi yg bingit serta asap berkepul2 lagi menyesakkan dada. Namun kita masih mampu tersengih suka serta puas. Domkianlah dunia pada hakikatnya. Ada dugaan, cabaran yang penuh warna warni.

Bagi seorang tua cam pokcik ni, tiadalah yang lebih indah daripada dapat mengingati segala kenangan manis dan serba nostalgia. Moga kewarasan dan fikiran ini mampu kekal lama melayan indahnya saat itu.

Pokcik tak de apa2 nak dimeriahkan, nak beriya celebrate atau berjamu2. Takat Kopi tongkat Ali dan sekut kering tu.. ada la hik hik..

Semoga kalian semua sudi untuk mendoakan pokcik yg baik2 saja, yg enak2, yg sihat2, yg manis2 serta gebu2 gitu hik hik.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke mari walau kadang2 cerita pokcik amat hambar dan acapkali berulang tayang. Semoga kalian seme dirahmati dan kekal ceria.

Pada yang barangkali malu mengucapkan disini bolehlah menulis pada pokcik di
mersik40@yahoo.com atau YM sahaja , mersik40 .

Maklom la.. seronok gitu bila sesekali hari jadi dimeriah2kan dengan sapa2an atau ucap2an yang meremajakan... kekekek

Alahaii…


* Ni kek yang noushy bagi. mekasih byk2..

Monday, December 17, 2007

Jangan lupa...


ESOK !

Sejarah pasti akan berulang...

Friday, December 14, 2007

Geram...


Pokcik sedang duduk2 di taman berhampiran flat sambil memandang suasana petang yang indah dan ceria. Kanak2 meriah bermain ditemani abang kakak, ayah ibu serta bibik. Sekali sekali mata ni melirik juga yg seseorang wanita yg duduk bertentangan tidak jauh dari pokcik dengan hati yg penuh tanda tanya.. adakah dia sudah berpunya atau pun janda... hik hik..

Skreettttt !

Bunyi tayar mencengkam jalan mematikan lamunan pokcik hingga jadi terperanjat beruk pokcik dibuatnya. Pokcik berpaling.

Sebuah kereta kancil berhenti tidak jauh dari seorang kanak2 yg berdiri kaku kerana terperanjat. Si pemandu, seorang gadis sekolahan turun memeriksa. Nampaknya budak itu tidak apa2. Ini mesti kes nak jemberang ke taman tak toleh kanan kiri.

Namun, dari jauh kelihatan si ibu bersungguh2 berlari dengan wjah gusar bercampur marah. Dia membebel2 pada gadis itu sebelum beberapa oang lain turut mengerumuni. Dan tentunya sahih benor bahawa si gadis itu bersalah. Si gadis tadi, terguman dan terpinga2 bila diserang sebegitu, seolah2 dia telah membuat satu kesalahan yang besor... iaitu menekan brek.

Inilah senario setempat yg pokcik paling menyampah sekali nak tengok. Rasanya di mana2 pun sama.

Apabila ada insan kurang upaya seperti kanak2, budak sekolah, oang tua, wanita mengandung atau sesiapa saja yg terlibat dalam kemalangan, tentu mereka kurang atau tidak akan dipersalahkan. Ini yang melekap pada minda tiap insan bila mana berlaku sesuatu kejadian yg tidak diingini. Serta merta oang ramai sudah menjatuh hukum tanpa memikir akan logik dan kebenaran disebalik cerita. Tak de nak fikir2 atau kaji2 , seme ikut perasaan hati.

Kalau si anak mengidolakan superhero Superman dan berlari menghentam lori, maka pemandu lori itulah yg dipersalahkan. Dituduhnya pemandu itu mabuk bila matanya kelihatan merah , walhal dia terkena sakit mata.

Bila mana seorang tua tergigil2 menyeberang jalan dan disauk dek motosikal, maka penunggang motosikal yg baru mendapat lesen P itu yang dilepuk2 orang, sedangkan penjaga yang membiarkan oang tua itu berjalan sendirian dibiarkan lepas.

Manusia memang suka menyalahkan oang lain diatas apa yang berlaku. Budaya membela yg lemah kekadang terlalu melulu hingga menyebabkan sebelah pihak teraniaya.

Berbalik pd cerita si ibu tadi, maka riuh rendahlah dia mengkhabarkan kepada semua tentang keburukan dan kealpaan si gadis pemandu kancil itu. Hakikatnya, dia tidak salah langsung kerana membiarkan anaknya berkeliaran, jemberang tanpa menoleh kanan kiri dan bermain sendirian tanpa diperati. Gadis itu diam sahaja tanpa bersuara. Barangkali, terkejut ataupun malas hendak melayan.

Agaknya pada fikiran si ibu, satu dunia perlu menjaga anaknya. Apa2 hal terjadi, oang lain yg patut disalahkan selain diri sendiri. Geleng kepala pokcik melihat telatahnya. Kalau dalam hal sekecik2 anak ini pun tak terjaga, apatah lagi bila anak itu dewasa? Takkan orang lain juga yg akan dipersalahkan nanti?

Ramai ibu bapa kadang2 lupa akan tanggungjawabnya yg sebenar. Ini amat mengecewakan sekali hati pokcik. Zaman sekarang ni tidaklah sama dengan zaman dulu2 dimana semangat kejiranan dan rasa tanggungjawab amat tinggi. Sekarang ni.. hanya ada hidung dan dada saja yang barangkali tinggi2.

Berapa banyak kes jenayah yang berlalu sekarang ni. Bunuh, rogol, rompak… berlaku dimana2 . Sampai naik takut dan ngeri hati pokcik untuk hidup dizaman ini.

Bila difikirkan patplo kali, tentang kejahatan manusia masa kini, hati jadi geram dan marah. Belum lagi tentang pemikiran dan sifat2 baik yg mula pudar. Apakan daya... manusia akhir zaman ini bukan mudah untuk berubah.

Alahaii...

Eh, mana wanita yg duduk di depan pokcik tadi?

Ni yg buat pokcik jadi bertambah geram ni…. kekekekek

Nota Cagu :

Selamat berhujung minggu untuk sekelian pengunjung. Hati2 bila keluar berjalan, jangan main hujan... nanti demem.


Jangan lupa boli dan baca Dol Leman.. kekekek…

Monday, December 10, 2007

Asik-asik...


Tah apalah nak jadi dengan oang-oang skg ni..

Asik-asik, ajak makan..
Asik-asik, ajak makan

Ajak makan, asik-asik
Ajak makan, asik-asik

Nak suo pokcik mati terlebih makan ke hapo..

Hik hik..

(Sambil mempersiapkan diri utk ke majlis kenduri kahwin yg ke patplo pat, dalam dua minggu ini )

Alahaii…

Aneh...


Aneh sungguh perasaan ini.

Apabila pokcik merehatkan diri dari menulis dipondok ini, pokcik seolah2 merelakannya untuk terus2 begitu. Walau hati ini bagai menggigit2 untuk bertamu, namun sengaja fikiran ini berkata, ah, biarlah saja ia berlalu..

Zaman ini oang datang dan pergi hampir setiap masa. Datang tanpa disuruh, pergi pun tanpa di syoh.. syoh...

Apatah lagi bagi seorang tua yg menapak2 cuma di hujung maya ini. Siapalah yang mau ambil peduli. Rasanya, zaman mengharap2 sudah lama pergi, pada waktu ini hanya perlu memberi2 saja.

Racauan ini sangat pedih untuk difikiri..

Mungkin,

Demam pokcik kali ini, terlalu berinformatif sekali..

Alahaii…

Sunday, December 02, 2007

"Dedoran" masa...


Bila dedor sudah melarat di segenap tubuh, maka demam la pokcik pada hujung minggu yang indah cuacanya ini . Alahaii.. dugaan sungguh ni. Kalau nak diikutkan, tak kena hujan pun.

Mungkin juga kerana terkejut campur gumbira, apabila Dol Leman sudah pun di jual2..

Maaf kerana pokcik tidak berada disana, kerana kemashlatan ini lah jua.

Tak apa.. boleh baca cerita Vnieta. Dia ada gii sana... meriah katanya , lebih2 lagi bila dia jumpa Dol leman.. hu huu..

Adehh.. tambah deman la pokcik ni plak. grr.. grr.. grr.. hik hik