skip to main |
skip to sidebar
Pokcik sedang duduk2 di taman berhampiran flat sambil memandang suasana petang yang indah dan ceria. Kanak2 meriah bermain ditemani abang kakak, ayah ibu serta bibik. Sekali sekali mata ni melirik juga yg seseorang wanita yg duduk bertentangan tidak jauh dari pokcik dengan hati yg penuh tanda tanya.. adakah dia sudah berpunya atau pun janda... hik hik..
Skreettttt !
Bunyi tayar mencengkam jalan mematikan lamunan pokcik hingga jadi terperanjat beruk pokcik dibuatnya. Pokcik berpaling.
Sebuah kereta kancil berhenti tidak jauh dari seorang kanak2 yg berdiri kaku kerana terperanjat. Si pemandu, seorang gadis sekolahan turun memeriksa. Nampaknya budak itu tidak apa2. Ini mesti kes nak jemberang ke taman tak toleh kanan kiri.
Namun, dari jauh kelihatan si ibu bersungguh2 berlari dengan wjah gusar bercampur marah. Dia membebel2 pada gadis itu sebelum beberapa oang lain turut mengerumuni. Dan tentunya sahih benor bahawa si gadis itu bersalah. Si gadis tadi, terguman dan terpinga2 bila diserang sebegitu, seolah2 dia telah membuat satu kesalahan yang besor... iaitu menekan brek.
Inilah senario setempat yg pokcik paling menyampah sekali nak tengok. Rasanya di mana2 pun sama.
Apabila ada insan kurang upaya seperti kanak2, budak sekolah, oang tua, wanita mengandung atau sesiapa saja yg terlibat dalam kemalangan, tentu mereka kurang atau tidak akan dipersalahkan. Ini yang melekap pada minda tiap insan bila mana berlaku sesuatu kejadian yg tidak diingini. Serta merta oang ramai sudah menjatuh hukum tanpa memikir akan logik dan kebenaran disebalik cerita. Tak de nak fikir2 atau kaji2 , seme ikut perasaan hati.
Kalau si anak mengidolakan superhero Superman dan berlari menghentam lori, maka pemandu lori itulah yg dipersalahkan. Dituduhnya pemandu itu mabuk bila matanya kelihatan merah , walhal dia terkena sakit mata.
Bila mana seorang tua tergigil2 menyeberang jalan dan disauk dek motosikal, maka penunggang motosikal yg baru mendapat lesen P itu yang dilepuk2 orang, sedangkan penjaga yang membiarkan oang tua itu berjalan sendirian dibiarkan lepas.
Manusia memang suka menyalahkan oang lain diatas apa yang berlaku. Budaya membela yg lemah kekadang terlalu melulu hingga menyebabkan sebelah pihak teraniaya.
Berbalik pd cerita si ibu tadi, maka riuh rendahlah dia mengkhabarkan kepada semua tentang keburukan dan kealpaan si gadis pemandu kancil itu. Hakikatnya, dia tidak salah langsung kerana membiarkan anaknya berkeliaran, jemberang tanpa menoleh kanan kiri dan bermain sendirian tanpa diperati. Gadis itu diam sahaja tanpa bersuara. Barangkali, terkejut ataupun malas hendak melayan.
Agaknya pada fikiran si ibu, satu dunia perlu menjaga anaknya. Apa2 hal terjadi, oang lain yg patut disalahkan selain diri sendiri. Geleng kepala pokcik melihat telatahnya. Kalau dalam hal sekecik2 anak ini pun tak terjaga, apatah lagi bila anak itu dewasa? Takkan orang lain juga yg akan dipersalahkan nanti?
Ramai ibu bapa kadang2 lupa akan tanggungjawabnya yg sebenar. Ini amat mengecewakan sekali hati pokcik. Zaman sekarang ni tidaklah sama dengan zaman dulu2 dimana semangat kejiranan dan rasa tanggungjawab amat tinggi. Sekarang ni.. hanya ada hidung dan dada saja yang barangkali tinggi2.
Berapa banyak kes jenayah yang berlalu sekarang ni. Bunuh, rogol, rompak… berlaku dimana2 . Sampai naik takut dan ngeri hati pokcik untuk hidup dizaman ini.
Bila difikirkan patplo kali, tentang kejahatan manusia masa kini, hati jadi geram dan marah. Belum lagi tentang pemikiran dan sifat2 baik yg mula pudar. Apakan daya... manusia akhir zaman ini bukan mudah untuk berubah.
Alahaii...
Eh, mana wanita yg duduk di depan pokcik tadi?
Ni yg buat pokcik jadi bertambah geram ni…. kekekekek
Nota Cagu :
Selamat berhujung minggu untuk sekelian pengunjung. Hati2 bila keluar berjalan, jangan main hujan... nanti demem. Jangan lupa boli dan baca Dol Leman.. kekekek…
4 comments:
sebbaik x kena langgar ek po'chik...tu pon mak die x bersyukur...
Pok cik ni geram kat sapa sebenor2nya. Kat mak bdk yg nak kena langgar ke atau sbb pok cik tak dpt ngorat pompuan yg dok depan pok cik td ? Ekekeke...... bawa2 besabau nnti bertambah2 lak kedut kat muka pok cik tu.Hilang lak kehandsomen pok cik.Alahai.... bila la Dol Leman nak dtg kat PJ ni. Tak sabau2 nak bc nih.
heheh betul tu... senang jek nak salahkan org lain dr ngaku slh sendrik... lg pun sape la nak ngaku diri x sempurna ye dak :P
mama ranggie - Biasa ler manusia.. kurang bersyukur dan memuhasabah diri sendiri.. alahaii
ila - Err err tak de laaa.. uish mana de.. hik hik ( asmbil tu mate.. maluu )
Dol leman insyaAllah ada lah dia dikedai2 buku MPM, Popular dll minggu depan.. sabo ye.. hik hik
dLyn azmi - tu la pasal, manusia akhir zaman ni semakin pelik gitu..
Tak mcm kite ni... baik.. kekeke
Post a Comment