Friday, May 01, 2009

Selamat Hari Pekerja.

Pokcik nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja di luar sana sana, tak kiralah kerja makan gaji atau sendiri.

Semoga kerja yang anda dilakukan akan sentiasa disertakan niat yang ikhlas, semangat yang menggebu-gebu, penuh berkualiti dan meningkat prestasinya dari masa ke semasa.

Semoga kalian akan sentiasa menghargai kerja yang ada. Dan jangan lupa berterima kasih kepada Tuhan di atas nikmat yang diberi.

Maklomlah, sekarang ni musim gawat, sekurang-kurangnya nasib anda lebih baik dari mereka-mereka yang lain di luar sana yang sudah hilang pekerjaan, hilang hari bekerja serta hilang gaji akibat dipotong dan di adjust sana sini. Sekurang-kurangnya, anda masih boleh pergi kerja hari-hari.

Akhir kata, selagi hayat dikandung badan, marilah kita terus bekerja.

Tak kisahlah kerja apa-apa pun.. untuk menyara hidup, untuk kesihatan tubuh badan atau untuk suka-suka mengisi masa lapang.

Macam pokciklah. Lepak-lepak dan melayan kamu semua ni pun kira kerja juga.

Dan pokcik sangat ikhlas melakukannya...

Hik hik

5 comments:

hayat said...

Saya pun ikhlas selalu...

Mersik said...

hayat - awak, ikhlas tapi jauh, hu huu.. hik hik

Nurul Nadiah said...

selamat hari pekerja pokcik! =)

Rasha_rz said...

hari jo cuti. tp ramai gak yg kena keluar kerja. kalo sumenya cuti... lumpuhlah ekonomi negara. tui tak?

Mersik said...

Nadia Yuna - Ya, terima kasih gitu.. kalau tak de keja, maih ler selalu ke sini.. hik hik


Rasha_rz - Alah kak, biasalah tu.. ia hanya sekadar hari untuk diingat saja. Lepas tu lupa la balik.. sampailah diingat2kan lagi.. hik hik.