Monday, May 04, 2009

cepat...


Pokcik sedang duduk di anjung pondok sambil membelek-belek beberapa buah buku yang pokcik sempat boli ( atau lebih tepatnya... mampubeli) di pesta buku antarabangsa tempoh hari.

“Oh, cepatnya masa berlalu.“ Terdetik dalam fikiran pokcik. Memang hakikatnya, betapa masa itu sungguh cepat pergi. Sedar-sedar saja , sudah beberapa hari pesta itu ditinggalkan.

Lantas, tangan pokcik mengambil sebuah buku yang dah lama pokcik teringin nak cari dan akhirnya ketemu jua.


Terkebil-kebil pokcik menatap buku yang bertulis “Panduan menjadi kaya dah hidup senang „“ itu tanpa jemu dengan impian dan semangat yang menggebu-gebu.

“Oh, lambatnya masa berlalu...“

Entah kenapa, tiba-tiba hanya keluhan saja yang keluar.

Alahaii...

Nota cagu :

Gambar hiasan , Cik Mon ekor panjang , teman baru Haliaaaa...

5 comments:

norzailina said...

Cute bebenor Cik Mon, suka matanya yg bulat, ahaks. Moga Cik Halia sihat2 sentiasa dlm limpahan kasih sayang yg berpanjangan...

-Ain-Dak In- said...

mengapakah patung itu kelihatan sperti akan menjerit bila kene hempuk???
lalalalala~~~

Irfa said...

cepatnya masa berlalu,keje x siap lagi tap jam dah kul 5.30.nak balik lewat sian kat anak nunggu lama kat umah pengasuh.gitulah kisahnya ibu yg bekerjaya.huhu

ina said...

halia bara ke halia muda..huhu..

Mersik said...

Kak Norz - Uii suka ka? Maih la sinin main2 ngan Cik Mon tu hik hik. Ya, cik Halia sudah semakin keletah dan interaktif, kadang2 sedikit emosi.. adehh jenuh nk melayan..


Ain - Oh, kerana ramai oang yg geram padanya.. Kalau tak dihempuk pun dipeluk dan digomol2 , waaa.. hik hik


HappyIrfa - Biasa lah.. bak kata pepatah, dunia ini umpama perlumbaan gitu. harap terus tabah, jgn pulak menggelabah.. hik hik


aku yg terpunya - Err.. err.. halia muda yang membara2. hik hik