Sunday, May 18, 2008

Selamat Hari Guru


Apakah pangkat yang paling kekal sekali pada diri sesorang selama mana dia hidup dia atas muka bumi ini hatta walaupun dia hidup di bawah bumi (mati) sekalipun?

Tak lain tak bukan ialah pangkat Guru. Di kampung pokcik, ada guru-guru yang sudah bertahun-tahun pencen, masih lagi di panggil cikgu bila mana tersua dimana-mana atau dalam majlis tertentu sekalipun. Selain oang kampung yg memang kenal mesra, itu termasuk juga dari anak-anak muridnya yg sudah beribu oang dah menjawat jawatan yang pelbagai.

Hakikatnya, tugas guru sangatlah mulia. Mentarbiah, mendidik, mengajar, memberi kasih sayang dalam hidup terawal kita selain apa yang kita dapat dari ibu bapa. Dan ianya berkembang sejajar dengan keperluan kita dalam mencari ilmu untuk hidup di zaman sekarang. Dan... ia tidak putus sampai di situ. Selagi hayat kita masih ada, kita masih perlukan guru.

Berbalik pada hal guru-guru yang terawal, yakni guru-guru sekolah kita dulu-dulu, zaman dulu memang tugas guru dipandang tinggi dalam masyarakat. Hakikatnya, dizaman sekarang pun begitu jua. Walaupun dasar pelajaran sudah kerap kali diubah dan profession guru ditambah dengan kerja-kerja yang merebehkan bahu serta mencuri banyak masa, namun mereka tempuhi juga demi mendidik anak bangsa dan rakyat semua.

Pokcik teringat masa sekolah-sekolah pondok dulu. Gurunya garang-garang belaka, macam harimau. Tampar, cubit, ketuk , tarik dan hayunan rotan sudah jadi ‘alat bantu mengajar’ yang tetap pada zaman itu.

Hasilnya, anak-anak murid akan ingat segala apa yang diajar. Semua takutkan guru! Walaupun caranya agak keras, tapi kesannya amat mendalam dan kekal lama. Rata-ratanya generasi tuk nenek dan mak bapak kita membesar dengan cara itu.

Cuma sejak-sejak negara merdeka dan bersistem ini, barulah dasar pelajaran di kaji dan seragamkan. Pelbagai teknik dan pendekatan baru diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di seluruh negara.

Tak tahulah kalau zaman sekarang ni ramai yang komplen pasal guru-guru atau sistemnya yang agak menyusahkan, baik guru atau murid-murid.

Apa-apa pun, kita perlu ingat… mak bapak adalah guru pertama, yang memastikan anak-anak yang keluar ( untuk ke sekolah ) dibekalkan dengan nilai-nilai asas kehidupan yang baik.

Yang keduanya, walau apa pun cabaran yang harus ditempuhi oleh anak-anak kita, itu adalah lebih baik dari apa yang mak, bapak, tuk, nenek kita tempuhi di zaman sekolah dahulu. Dan guru-guru yang ada ini, sedikit sebanyak akan membantu arah perjalanan anak-anak kita, menyediakan mereka untuk cabaran yang lebih besar di masa akan datang.

Pada sekelian guru-guru ( yang baik ) di luar sana. Pokcik ucapkan selamat hari Guru. Semoga jasa anda semua akan diberkati dan diberikan pahala yg berlipat kali ganda dalam mendidik anak-anak murid semua.


Nota Cagu :

Al Fatihah, buat Cikgu Saman bin Simon yang telah kembali ke rahmatullah, pd hr Ahad 11hb May, minggu lepas, akibat kemalangan sewatu hendak ke mesjid.


Dia telah dirempuh sebuah kereta ( yang dipandu laju), pada waktu azan isyak sedang berkumandang, menyebabkan dia (dan basikalnya) tercampak beberapa meter, jatuh di atas jalanraya dan meninggal di situ juga.

Apabila pokcik ingin mengabdikan watak-watak orang kg semasa hendak menulis buku misteri Dol Leman awal-awal dahulu, nama Cikgu Saman memang tidak pokcik tinggalkan. Kini, Cikgu Saman yang sebenar sudah pun meninggalkan kita.

Semoga roh arwah Cikgu Saman akan dicucuri rahmat dan dietakkan dikalangan mereka yang Soleh.


Amin


3 comments:

arsaili said...

salam hari guru dan takziah kepada keluarga cikgu saman...apa kabar pokcik..lama tak ke mari..

Anonymous said...

Setiap kali dtgnya Hari Guru, saya pasti teringat pd bekas2 guru yg mengajar sy . Betapa malang dan kasihan mendapat pelajar yg nakal spt saya . Dtg sekolah dan masuk kelas ikut suka hati . Nak balik pun ikut suka hati saja . Semasa hari 'Aprilfool' memang kena kaw2 punya dgn gang2 sy . W/pun kami agak nakal sedikit (?????????), tak pernah sekali pun kami dirotan @ ditengking, diherdik dan dimarahi . Malahan guru2 semakin mendekati dan memberi teguran dan nasihat secara lembut kepada kami semua . Kerana MEREKAlah saya menjadi MANUSIA sekarang . Kalau mereka melihat saya sekarang, pasti mereka akan berasa BANGGA . TERIMA KASIH CIKGU, jasa dan pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan. Al - FATIHAH buat Cikgu Saman, semoga beliau ditempatkan bersama - sama golongan orang - orang yang beriman dan bertaqwa .

Mersik said...

Arsaili - terima kasih.. tiap yg hidup pasti akan pergi jua.

Kak Ila - Wahh jahatnya dia masa sekolah2 dulu aa..nasib baik dah beso2 baik sikit kekekek