skip to main |
skip to sidebar
Malam ini sunggu panas dirasakan.Pokcik termenung lesu melihat bulan."Adoh, panasnya malam ini..." rungut pokcik dalam hati. Sejak-sejak musim hujan berlalu, pokcik semakin rasa bersalah pula kerana terlalu mengomel2 waktu itu. Hujan salah, tak hujan pun salam... Sekarang, rasakan bahangnya.Pelan-pelan, pokcik ambik kertas katalog Pasaraya Bintang yang dilempar tah siapa-siapa petang tadi. Pokcik lipat-lipat , kunun nak buat "keras tangan" . Bersungguh seni pokcik membuatnya hingga jadilah ia seperti kipas ala-ala Baba dan Nyonya Melaka.Pokcik kipas kuat-kuat diseluruh badan... hiyahh.. hiyahh... hiyahhh..Pokcik kipas di muka , di kepala, di pipi , celah ketiak dan segala macam celah yang boleh dikipas. Sesekali pokcik terseringai kesedapan.Lama-lama, pokcik jadi penat. Turun naik nafas kemengahan toksah ceritalah. Namun malam pokcik yang panas harus diredakan ( walaupun badan sebenarnya jadi semakin panas )Akhirnya... apabila malam merangkak ke tengah malam, dan dari tengah malam merangkak ke tepi malam, pokcik tertidur keletihan dihempap dek kipas itu.Kipas katalog bintang...Alahaii...
5 comments:
Alahai Pokcik, lain kali pakai "kipas lipas" ... hik hik hik
Kepada anda yang kena tag: Jawablah sekiranya anda mahu ( kerna aku tak memaksa...). Sekiranya sibuk dengan tugas-tugas abaikan sahaja. Minta maaf kerana anda orang yg istimewa, yang telah aku tag.
ceritakan:
story 7 things about myself.
selamat menjawab!!
Salam...Pok cik...hahaha...kipas kuat kuat...kalau penat tangan kiri...tukar tangan kanan...
atok...ala...pasang ler aircond tok...boleh budakjahat tumpang sejuk...kat blakang umah budakjahat cuma ada perigi buta jek...hik hik
abang long - Itulah , pokcik terlupa kipas lipas.. sebab ahli mesyuarat tingkapnya tak ada.. kekeke
idzaris - uii taggy2 aa? pokcik suka ni.. nnt aa bebila pree pokcik jawap la.. itu pun kalu tak lupa.. kekekek
hayat - Kekeke.. nk pegang pun ketaq2.. silap2 melayang kipas tu entah di mana hik hik
budakjahat - kekekek.. nk pasang kipas, pondok tak de karan.. kekek.. sini mmg sejuk pe.. tiap2 mlm dan pagi.. nak2 time hujan.. hu huu asyikkkkk ( tidurnya )
Post a Comment