Friday, September 18, 2009

Ucapan Raya dari Pokcik



Assalamualaikum..w.b.t

Salah sejahtera buat semua pengunjung pondok buruk pokcik ini.

Kini Syawal sudah mulai menjenguk muka. Entah kali ke berapa, pokcik pun sudah hampir-hampir terlupa. Maklomlah, masa cepat betul berlalu. Daripada zaman kanak-kanak serba keterujaan yang tinggi melampau hinggalah ke zaman tua-tua bangka dengan keterujaan tahap biasa-biasa saja, Syawal tetap akan muncul jua.

Masih terbayang keindahan berpuasa, bersahur di pertiga pagi. Komdian, berlapar dahaga sepanjang hari. Tak lupa juga, berbazar-bazaran, bersesak-sesak dan berhimpit, mencari popia salut sambal yang sedap hingga menjilat jari. Kala berbuka pula, kenyangnya tak terkira. Juadah yang beraneka warna, hasil belian di bazar atau sedekahan oang sebelah. Kalau tidak ada apa-apa pun.. layan kurmalah juga... Yusufff Taiyoopppp.

Walau banyak dugaan yang melanda dunia hari ini, isu-isu semasa yang tiada akhirnya, konflik ekonomi, penyakit global yang menyerang serata negara, masalah-masalah dalaman negara, pertelingkahan dengan negara jiran, masalah pembantu umah indon nak naik gaji serta kecelaruan jiwa anak muda masa kini, namun kita masih lagi utuh bertahan menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya.

Kini tibalah kita ke hujung Ramadan. Seperti selalu-selalunya juga, bulan penuh berkah ini tetap akan pergi berganti Syawal bulan kemenangan. Habis sudah berpuasa sebulan. Kini, sudah sewajarnya kita meraikannya Selain meraikan kemenangan melawan nafsu, lapar dan dahaga, kita mungkin juga meraikan cuti yang lama, dengan berpeluang beraya dan balik kampung serta aktiviti-aktiviti yang tentunya lebih menyeronokkan. Pilih saja cara nak menyambutnya. Ada banyak cara dan dengan kos yang berbeza. Apa-apa pun, sederhana jualah yang paling utama.

InsyaAllah, kita semua akan berhari raya. Pulang ke kampung halaman bertemu ayah bonda, adik beradik dan sanak saudara. Berkumpul menjalin ukhwah yang kian rapuh dan usang usianya selain bergumbira bersama. Bermakan-makan dengan penuh berselera hingga perut jadi kenyang sepanjang masa.

Berjumpa oang-oang lama serta pak-pak sedara yang semakin tua. Menjawap soalan-soalan lazim onyang atau opah yaitu ,“Eh kau ni anak siapa?“ serta melayan cerita-ceritanya yang berulang-ulang bagai recoder lama. Apa nak buat, layankanlah saja, kerana pabila anda melihat mereka anggaplah seumpama melihat diri sendiri berpuluh-puluh tahun lagi. Hik hik. sampaikan salam pokcik pada mereka semua termasuk ketua kampung sekali. Kalau ada masa, boleh ngeteh-ngeteh gitu.

Dan tak lupa, hendaklah kamu berhati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan dan pandulah dengan berhemah. Baik kereta besor, jintu, maibi, mecedis, bibah, persona, lori atau bas sangkut-sangkut, kenalah berhati-hati juga. Ketuk-ketuklah meter tu sikit supaya ia betul menunjukkan kelajuan sebenar selain mengingatkan kita supaya jangan bawa macam mat rempit. Kalau merempit pun, biarlah merempit secara berhemah ( err.. ada ka?). Kalau mengantuk bawalah khemah, pasanglah di mana-mana asalkan bukan di tengah jalan, dan tidurlah sepuas-puasnya. Paling tidak pun, bawalah kopi Tongkat Ali kaw kaw, pilihan pokcik setiap masa.

Pokcik pun tak tau nak ucapkan apa-apa untuk raya ni. Hakikatnya adalah ucapan yang skema-skema sajalah juga. Sama seperti orang lain iaitu semoga anda semua gumbira selalu, ceria-ceria hendaknya serta kirim salam oang tua kamu semua. Pokcik takut ucapan-ucapan itu sekadar menanam tebu dipinggir bibir saja saja, kosong tanpa perasaan, sedangkan hakikatnya... pokcik amat ikhlas melafazkannya. Percaya laa.. hik hik

Jauh di sudut hati kecil ini, pokcik masih mengharap tiap kali datangnya Syawal hati ini akan turut bergumbira, supaya terubat rasa kekosongan yang lama. Zaman-zaman remaja suatu ketika dulu dan zaman-zaman yang hilang ditelan arus masa. Setidak-tidaknya, kalau ini adalah Syawal yang terakhir, biarlah pahala yang dikumpul dek Ramadan ini serta kebaikan-kebaikan masa lampau akan menenangkan jiwa nan hamba untuk mengadap sang Pencinta kelak.

Jadi dengan ikhlas hati suci murni lagi bersih berseri, pokcik ucapkan Selamat Hari Raya. Juga Maaf zahir batin pokcik pohonkan dari hujung jambul sampai hujung cagu. Realitinya, dalam ketuaan yang sebegini, pokcik amat tak terdaya untuk menjadi yang terbaik buat pengunjung semua. Namun jiwa yang halus, mulus lagi tulus ini di harap dapat di kenang sentiasa sebagai tanda kita pernah menyapa di alam maya. Mana tahu, suatu hari nanti, kalau pokcik panjang umur, kita akan berjumpa di alam realiti.

Hingga ketemu lagi...

Raya jangan tak raya... Yihaa!

Pokcik

6 comments:

miloaiskurangmanis said...

salam pokcik..

thank you.... for the wonderful entry...

maaf ye pocik... kalo ada salah silap saya pada pokcik...kalo berkunjungan ke Perak... meh le singgah di rumah saya...

selamat hari raya!

Indah Hairani said...

Ya Pokcik,
ucapan Maaf Zahir dan batin telah menjadi halwa bibir dn telinga, seperti kata pokcik spt menanam tebu di tepi bibir. Dah menjadi ada sesuai dgn ucap selamat tu. Jarang orang akan bersalam dan mendahului ucapan, saya telah memaafkan awak seluruhnya..pokcik tahu, sebaik ucapan itu diluahkan, kita akan merasa segala kesalahan kita terasa gugur satu persatu. Kita akan tersenyum lega sebaik sahaja selesai melafaznya...salam Idilfitri dari saya buat Pokcik seisi keluarga. Moga Idilfitri ini idilfitri terindah buat pokcik.

Rai said...

Salam pokcik,

Mula2 sekali minta maaf banyak2 sebab dah lama tak menjenguk banglo pokcik ni. Sejak dapat baby baru ni,kalau maknya sempat mandi pun dah cukup bagus.Hahaha!

Salam aidilfitri dan moga dipermudahkan segala urusan untuk pokcik sekeluarga. Terima kasih banyak2 sebab sudi kirimkan kad raya utk saya.Huk huk!Saya pun dah lupa bila saya bagi alamat kat pokcik.Lain kali kirimlah kain buat langsir raya sekali.Hahaha!

p/s maaf zahir batin sebab baru boleh masuk blog...

Rasha_rz said...

aduh... panjangnya cerita.
apa2 pun selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin.

kuina said...

sy cuma nak duit raya aja...

yg hijau, merah biru yg besar..

Mersik said...

miloais - uii tu datang dari hati yang tulis ikhlas tuu.. hik hik. Slmt hr raya gak, sama2 la kita bermaaf2an.. Semoga gumbira selalu di lebaran ini, yihaa.


Indah Hairani - Waaa syahdunyer...sob. sob.. sama2 la kita bermaafan di hari yg mulia ini. Semoga bahagia selalu di aidil fitri ini. Bila nk ajak datang umah makan2 ni? hik hik


Rai - kekekek alah tak pe, pokcik mmg sentiasa mengingati. Apa2 pun tahniah la krn dpt baby baru. Tentunya raya ini lebih bermakna dan lebih byk kerja. kekekekek


Rasha_rz - Maklomlah, kemeriahan berpanjangan gitu.. hik hik


kuina - Amboii.. nak duit raya maih ler beraya ke pondok pokcik ni.. hik hik