Tuesday, July 07, 2009

Wak Jasen...


"Ninggal jugak Wak Jasen tu ya...“ ujar Tok Lipat pada suatu petang semasa kami sedang berehat di bawah pohon moktan yang lebat buahnya.

"Biasalah, dah ajal dia,“ jawap pokcik sambil terkulum-kulum buah moktan yang merah lagi manis itu.

"Ya, lah.. matinya tiba-tiba gitu. Bukan aku saja, oang-oang kampung, oang kedai kopi, malah dunia pun terperanjat.“ Tambah Tok Lipat lagi. Pokcik lantas menoleh. Apa hal tiba-tiba oang tua ni teringatkan Wak Jasen?

"Eh, bukan ke oang tua tu dah ninggal lama? Apalah yang kau merepek ni?“ jerkah pokcik sambil mengerut dahi. Wak Jasen memang kawan kami waktu kecik-kecik dulu. Sayang hayatnya tak panjang. Dia meninggal 10 tahun dulu kerana sakit tibi. Puncanya sebab dia kuat merokok. Atau barang kali kuat tengok tiwi.. ntah la. Pokoknya, ajal dia sampai awal.

"Aku bukan cakap pasal Wak Jasen tu? Aku cakap pasal Maikel Jacksen tu hah! Ish, ish kau ni.. tak baca suat kabo ka? Satu dunia tahu. Semua orang terkejut bila dia mati,“ jawabnya pantas.

Pokcik terkedu dan terpelongeh.

“Haih, cakap la Maikel Jacksen! Ni dok sebut Wak Jasen, Wak Jasen je. Macamlah Maikel Jacksen tu oang kampung kita.“ Pokcik membebel sambil mencilok sebiji buah moktan, mengopeknya dengan rakus, dan terus menyuap dengan mulut yang terherot-herot.

Tok Lipat hanya tergelak kecil.

Alahaiii...

4 comments:

Nursuzry said...

aku udah terpengaruh ngan cite wak jasen. kepercayaan ingat pokcik berkawan ngan dia skali kepercayaan aku telah jatuh merundum... uper2nya tok lipat berceritakan si jocko nun jauh kek sano huhuhuhu --> rampas moktan dr pokcik

zara said...

Botol la kato ko jang... sano sini samo ajo cito pasal si Maikel Jeksen tu. Apo nak dikato dah ajal dio mengojut buat satu dunio sodeyy (sodeyyy ke) tapi ado gak la ghaso kehilangan dio... botol tak... ese suko lagu dio yang biddin biddin... ontah la gitu la yang ese donga...

intan shaheera@ieyra said...

sob...sob....sob....sedey gak bila raja pop tu dah ninggal.....
minat sangat ngan muzik dia......
bila tgk tiap sedutan konsert dia,mesti teringat kat arwah sudirman kerana stamina diorang sama2 kuat....
mikael@maikel jacksen dalam kenangan...

Mersik said...

Nursuzry - kekekek.. biasa la.. sesekali bercerita dgn tok lipat, hati asyik dilanda suspen yg akhirnya jadi hampeh.. kekekek


zara - wah, peminat maikel jacksen juga ni. Apa nak wat, sudah sampai ajal.. ambik la iktibar. Mati adalah pasti, hidup.. insyaAllah.


ieyra - biasa la.. oang yg disukai ramai kadang2 begitu awal perginya..