Thursday, February 05, 2009

Limau Manet...

Diserang rasa bersalah yang teramat-amat, Ah Seng mengagau ke belakang kedai. Tidak sampai seminit dia kembali dengan sebakul limau lalu di berikan kepada pokcik.

”Ambik la, ini limau.. manet punya ( manis punya). Angkat semua.” Bersungguh tauke kedai kopi itu menyua. Barangkali juga kerana tak tahan mendengor pokcik membebel akan limau-limau yang diberinya sebelum raya cina dulu masam semuanya.

“Hiyaa, banyak sangat ni.” Pokcik cuba bersantun.

“Tala apa la, pocii kasi angkat makan la.” Ah seng beriya memujuk. Pokcik jadi tak berdaya dan akhirnya ambik la juga limau-limau yang nampak pelik tu.

Maklom la, zaman pokcik dulu, mana ada limau-limau yang sebesar bola ping pong tu. Semenya saiz besor2. Limau ni, lain pesen pulak, kiut-kiut saiznya.

Rasanya , mak uii.. manis sungguh. Berperisa bila dikunyah, biji pun tiada, kira sedap sungguhlah limau yang kiut-kiut ni. Ntah la, pokcik pun tak tau limau apa. Kata Ah Seng, limau tangerine. Yo la tu..

Berselera sungguh pokcik makan waktu santai-santai petang tu. Kadang-kadang pokcik terkekeh ketawa sendirian.

“Agaknya, kalau nak kena kencing manis, tak payah makan gula. Makan limau ni pun dah cukup…” Pokcik tergelak lagi sambil mengopek limau yang ke doplo.

Alahaiii…

3 comments:

Tie said...

Ha ha...memang limau jenis tu manis... Berapa biji pokcik makan??

Unknown said...

Uiks... banyaknya limo. Tak nak kongsi ke Pokcik oiii

Mersik said...

Tie - Tah la.. banyak juga. lebih dr doplo.. hik hik


OD - Hu huu.. meh la.. jgn memalu.. limau kemetot gini, satu lori pun tak cukup hik hik