skip to main |
skip to sidebar
Beberapa hari sebelum raya, pokcik telah selamat tiba di kampung Parit Sangap yang dirindui. Dan melalui hari-hari terakhir berpuasa di sana, sangatlah meletihkan dek kerana cuaca yang panas dan kering. Terasa macam berpuasa di negara Afrika pula.
“Dah lama hujan tak turun di kampung ni.” Domkian kata Tok Lipat dalam santai harian pokcik bersamanya. Tidak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Jadi kami hanya lepak-lepak, borak-borak, tido-tido saja. Malamya, seperti biasa... ngeteh-ngeteh.
Dan siapa sangka, setelah beberapa hari kering dan gersang, menjelang saja Syawal, pada paginya, sekitar jam 1.30 pagi, hujan telah turun dengan selebat-lebatnya dan panjang membawa ke awal subuh.
Pokcik dan Tok Lipat yang sedang sibuk menjaga periuk rebusan ketupat di bangsal dapur tergigil-gigil dek tempias hujan yang melanda. Dalam ribut hujan yang menggila tu, pokcik tetap tersenyum riang. Mungkin ini rahmat dari Tuhan agaknya. Turun bersama sinar Syawal yang ditunggu-tunggu.
Awal pagi itu, beberapa kawasan rumah di sekitar kampung turut digenangi air, namun tidaklah sampai mengundang banjir.
Dan pokcik sendiri, jadi keterlewatan pula hendak ke Mesjid. Maklomlah, kopi tongkat Ali dibancuh sampai had subuh jek. Lepas tu, hanyut…
Alahaiii…
5 comments:
Salam pokcik..he he ...kesian pokcik..lencun kena hujan..
Tie suka lagu ni pokcik..rasa tiba2 nak baring2 lak..betul2 syahdu....
salam raya pok cik! saya tak kenal pok cik dan tak pernah pulak dengar nama parit sangap. tapi saya syak parit sangap tu area2 parit saya jugak pasal malam raya tu pon kat parit raya ujan selebat lebat tidak
psstt pokcik.
kampung saya pun hujan gak hari raya tu.. tapi saya tak beraya kat kampung saya, saya turun 'KL' hahahaha
seronoknya beraya di kampung... kak ila di KL ni je. almaklum... tapi lepas raya pun boleh balik kan? syawalkan sebulan? & kampung tempat kelahiranku setia menunggu. ok, minggu depan kak ila nyenguk ke Teluk Sareh.
tie - Wsalam.. biasa la.. demi ketupat yg tersintaa.. kekekeke
Suka ka? waa. syahdu tul lagi ni.. amboi, sampai baring2 lagi.. silap2 boleh lelap ni aa hik hik.
sitinurulhawa - Wsalam , uii tak apa, lepas ni bley aa berkenal2 sambil beramah mesra hik hik. Mmg parit sangap kat area situu.. Rasanya2 byk tempat dilanda hujan masa tu.. Hujan rahmat gituu..
khairyn - Hik hik , amboi.. balik la kg raya2 ni.. kurang2nya sblm syawal berakhir. Apa2 pun slmt meneruskan beraya dgn ceria dan meriah.. yihaa
rasha_rz - Betul tu, kalau ada masa balik laa.. menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga. Kemeriahannya lain gitu dari di kota ini.. hik hik. Kim salam oang kg aa kalau balik tuu..
Post a Comment