Sedar tak sedar, puasa sudahpun masuk hari ke 4. Oh, begitu cepat sungguh masa berlalu, secepat habisnya sekut dalam tin di pondok pokcik ni hik hik. Maklomlah, masa berbuka pun makannya cepat-cepat saja.
Entah kenapa, tahun ini pokcik masih belom ketemu kuih semusim ramadan. Tak lain ialah popia yang bersalut sambal tu. Pencarian di bazar ramadhan yang berdekatan hanya menemukan kesesakan dan keletihan saja. Apa yang dapat dilihat hanyalah punggung-punggung manusia ( yang mengerumuni hampir kesemua gerai ) dan payung-payung tuan punya gerai.
Barangkali sebab kawasan tempat pokcik tinggal ni ada ramai pelajar-pelajar yang menghuni, yang turut sama ingin memeriahkan bazar tersebut tanpa mengambil kira keperluan si tua yang serba marhain ini.
Tapi, pokcik tak kisah.. kadang-adang apa yang dihajatkan tidak semestinya mendapat. Ghairah dan semangat mencari pun sudah mulai kendur. Duduk di pondoklah yang lebih elok sekali, sambil berbuka apa yang ditakdirkan pada setiap hari. Kalau Si Leman sebelah tu baik hati, disuruhnya Dol tu hantar kuih barang sepiring. Jadilah buat menukar tona rasa selain asyik rasa tawar semata-mata.
Tentunya disebabkan ekonomi dan isu-isu setempat yang melanda, suasana pun turut berubah. Tak tahulah kalau orang jadi semakin berjimat cermat. Namun rata-ratanya, daya membeli kita masih sama. Diharap kamu semua tidak terlalu membazir sesangat. Maklomlah, manusia ni kadang-kadang terlupa. Walau syaitan sudah dirantai , namun nafsu tetap ada dalam diri kita.
Akhir sekali, selagi yang namanya Bulan Ramadan yang datang menyapa, eloklah kita menyahutnya penuh rasa cinta. Menjalani ibadah puasa dengan rendah hati selain mencari pahala yang melimpah ruah.
Semoga kita kembali menjadi manusia yang suci.
Alahaii...
NOTA CAGU :
Pada sesiapa yang tertanya-tanya, ternanti-nanti dan teringin-ingin kan alamat pokcik, kerana hendak melayangkan kad raya kepada pada oang tua ini, yang sememengnya bercitarasa klasik nasional ni, sila la menggunakan alamat dibawah. Jangan malu-malu...
No. 4 , Jalan Kristal 7/68D ,
Seksyen 7 , 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Mekasihlah pada yg sudi, kalau tak sudi pun maka sudi-sudikanlah juga. Nanti dah dapat, pokcik balas laa... hik hik

8 comments:
Ooo...pokcik dok shah alam yek... nanti tie teropong nak tengok camna rupa pondok pokcik tu..he he..
Pokcik, Abang long dah emelkan kad raya .... tapi lupa nak lekatkan stem ... alahaiiiiiii hik hik hik .....
Pokcik... rindu ngan popia ek? Meh Ezza sediakan popia untuk pokcik. Tapi takdelah sesedap popia yang pokcik cari-cari tu. Huhu.
Dah lama pokcik tak datang blog Ezza. Hukhuk. Curik sekut pokcik kang...
ahahaha...pokcik
kalau hantar kad raya
leh dapat balasan+duit raya tak?
tie - hik hik.. teropong tak pe. Jangan main mercun hala ke sana doh ler. Kang abih terbakor pondok pokcik tu hik hik..
abg long - waa tentu tak sampai punya..
puteri ezza - Hik hik asal namanya popia, pokcik sapu jek.. hik hik.. Tu la. ezza bz sesangat.. tah apalah yg di bz kannye.. pokcik dah cakap, bawak bersantai.. hik hik..
masni qisrine - Uiii.. wit raya? Haa ader.. aderr hik hik..
Cing! Cing! (sambil goncang duit syiling2 dlm tabung buluh.. )
pokcik,
saya dah belikan anak saya buku Dol Leman yg ke-3, apa tuh tajuk nya? lupalah pulak saya... alaaa yg ada kekabu tuh...hehehe
hari tuh duk pusing-pusing2 dekat satu jam cari rumah pokcik... rupa-rupanya yg mengadap jalan besar tuh kan... rumah ke-2 dari tepi.. betul tak?
HUHUHU POKCIK ...rumah baru ek..tahun lepas lain alamatnyer...eheheh mesti lawooo raya ni...ehehe kita dah teropongg guna satelit...ekekek
Kak Nurrazah8 - Uii.. pandai pun mencari pondok pokcik. Waa.. apsal tak miscall? tak yah susah2 melilau-lilau mencari.. hik hik jgn lupa datang beraya aa..
Dan, mekasih krn menyokong Dol Leman.. terharu ni. waaa..
Kak Long Zura - Aloh biasalah tu.. sekali air bah, sekali pantai berubah. hik hik. Pondok kecik jek, senang di angkat ke sana kemari kekekek..
Uii jgn la teropong2.. malu pokcik nak mandi di perigi nanti hik hik.
Post a Comment