Kami duduk di bawah pangkin, melihatkan Pak Dolloh yang seronok melayan cucu-cucunya bermain bola. Terkengkang-kengkang dia berlari ke sana dan kemari. Sekali pandang, orang tua itu nampak seperti didera-dera pula.
Serta merta kenangan zaman remaja terimbau kembali. Dulu, oang tua itu tidak begitu. Kami ( Pak Dolloh, Tok Lipat dan Pokcik ) merupakan pemain yang sangat berbisa di Parit Sangap ini. Bila cerita pasal bola saja, kamilah jaguh-jaguh kampung yang sentiasa menjadi perhatian sewaktu perlawanan. Kamilah wira yang bermain dengan seikhlas tapi tanpa imbuhan apa-apa.
Tapi, itu zaman dululah.. zaman-zaman main bola kaki ayam. Dek kerana kurang pendedahan dan pendidikan sukan bersepadu, bakat-bakat kami cuma sampai di situ saja. Namun minat bola memang tak pernah luntur. Apatah lagi zaman-zaman 80an tahun dulu kami cukup minat dengan bola sepak Malaysia khususnya bila ada pemain-pemain seperti Abdul Ghani Minhat, Dollah Salleh, Hassan sani, Matlan Marjan, Arwah Mokhtar Dahari, R Arumugam, Santokh singh, Soh Chin Aun dan Zainal abidin Hassan beraksi, memang kami tak pernah miss tonton.
Dan kami juga, tak kurang hebatnya...
Pak Dolloh tu, kalau bermain dan jadi penjaga gol, memang tak akan bolos punya. Sepaklah macam mana pun, selamba je dia ketawa. Walau berjuta kali kad merah dilayangkan dia tidak kisah. Dia tidak akan mudah melepaskan pakaian kegemarannya iaitu... kain pelikat.. hik hik.
Tok Lipat hanya berhantu di luar padang. Mana-mana pemain yang terkehel, terpeleot serta tergalih urat, semuanya dilipat-lipat ( dan dibetulkan ). Teknik penyembuhan dan pengurutannya dijamin ampuh. Selain dari itu, dia juga pakar membuat air sirap ( untuk pemain ) hik hik.
Dan pokcik pula, uii.. toksah ceritalah.. Kalau cerita pun boleh menangis oang mendengarnya. Ditengah-tengah padang, pokciklah wira segala wira. Tiada yang wira melainkan pokcik saja.
Bila sudah berada di padang nan hijau tu, pokcik akan naik hantu. Pokcik tak akan segan-segan untuk menyepak, membentes, menakik, melipat , menarik, menggigit dan menyapu semuanya…
Diulangi… semuanya yang ada di atas padang itu…
Kecuali bola..
Alahaiiii…

5 comments:
pokcik larat ke kerja bola? kehkehkeh Gurau je. jangan marah ha? nanti kena jual.
wah pakcik
strikerrrrr...pheewittt!
ahahhahahahha..lawakk sungguh. habis bentes semua kecuali bola...ekkekekek.
Masa sy muda2 rumaja dolu, budak2 lelaki kpg sy tak main bola tapi join kita org yg cantik jelita nih(perghhh perasan giler) main tuju tin dgn selipar . Part paling best dlm permainan ni bukannya krn berjaya menyusun tin, ttp inilah peluang yg terbuka luas utk belasah bdk lelaki yg suka buli kita org dgn selipar . Wakakakaka...
rasha_rz - Uii wat pe kejor2. dah tentu penat nanti.. pokcik sembunyi jek.. bila bola dah mai.. haaa.. caks! hik hik
masni qisrine - Ooo jgn tak tahu.. lebih power dari sterika baju oooo.. hik hik
kak long - Amboi.. suka tul dia.. musti teringat zaman kecik2 ek..
Ila - Wah.. itu lagi best.. permainan yg pelbagai.. hik hik tentu seronok ni. Uiks.. kecik2 lagi dah ader konflik gender.. dasattt.. kekekek
Post a Comment