Monday, July 07, 2008
Kejutan...
Pokcik sedang enak berlelap-lelapan di anjung pondok semalam bila tiba-tiba budak Dol galak menghonggah tubuh pokcik ni. Terjaga pokcik serta merta. Ingatkan gempa bumi manalah...
“Ish.. ishh , kau ni, Dol, buat terperanjat atok jek.. Ada apa ni?” soal pokcik yang terpisat-pisat bersama sedikit geram kerana terganggu mimpi pokcik ketemu janda di bawah pokok sena. Rupa-rupanya budak sebelah yang nakal tercongok di atas tangga.
“Dol ada kejutan untuk atok..” jawapnya tersengih-sengih penuh muslihat.
“Hah, kejutan apa?” tanya pokcik sambil membulatkan mata. Pokcik lantas bangun lalu duduk bersila.
“Kejutan la..” Dol jawap sambil ketawa kecil.
“Ya lah, kejutan apa tuu?”
“Ni la.. kejutannnya. Kan Dol dah kejut atuk. Kira kejutan la tu,” ujarnya sepontan sebelum berlari balik melekek-lekek.
“Isy, budak Dol ni, hampeh betullah,” rungut pokcik sambil mengetap bibir.
Memang saja-saja dia nak mengusik pokciklah tu.
Alahaii…
mmg kellasss gittew kezutan dari dol tu..
ReplyDeleteTerkejut dengan kejutan dalam entri ini ... bila Pokcik terkejut, kain terlondeh tak ? hik hik hik
ReplyDeletesalam pokcik..sihat ker?
ReplyDeleteha, terkujut kak ila. pus... semangat.
ReplyDeletesalam rejab untuk pokcik
hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks
ReplyDeletemasni qisrine - Ya betul tu, kejutan yg hampeh.. hik hik
ReplyDeleteabang long - Uii terkejut sambil pegang kain. Sbb dah pernah terjadi dulu.. La ni berjaga2 la plak kekek
arsaili - wsalam.. biasa la.. sihat-sihat oang tua gitu
Kak Ila - Uii terkejut jgn tak terkejut, sambil2 tu idea plak dtg kekek caya la..
Yg lain2 tu oang putih mana la sesat. Pokcik tak layan aa.. hik hik
kelako la pokcik
ReplyDeletesian ek omputeh 2 org tu
sengaja menyesatkan diri ja tu
smackdown skali kt diorg pokcik!!
hiyaa!!