Pokcik menitipkan salam pada Tok Lipat yang pulang ke kampung semalam. Setelah dua hari disini, dia jadi begitu rindu pada kg ( harap2 dah ada halamannya). Walupun kini suasana disana agak sukar kerana musibah banjir, namun dia tetap mau pulang.
“ Walau kemana pun kita pergi, kg halaman tidak harus dilupkan.. “ ayat2 tersebut terngiang2 ditelinga pokcik. Dan lebih menyentuh hati, kedatangannya kemari bukanlah sebab melarikan diri, cuma ingin berjumpa pokcik yang lama tak bersua selain dari menyampaikan pesan dan cerita akan saudara mara disana yang ditimpa duka.
Pokcik jadi sedih sendiri. Serta merta ingatan mengimbau ke kampung yang tercinta. Kadang2 timbul rasa bersalah jua. Ada kg tapi ditinggal2kan, merantau tak tentu hala, bukan mengecap bahagia atau kaya pun. Entahlah.. pokcik pun tak tahu..
Pokcik turut mengirimkan salam melalui Tok Lipat minta disampaikan juga kepada saudara mara dikg dengan harapan mereka akan tenang hati dan tabah jiwa dalam menghadapi musim pemulihan selepas banjir ini. Walau pun tidak sehebat Tsunami di Aceh namun serangannya yang berhari2 begitu merobek sekali hati2 insan yang tak berdaya.
"Tak tahulah, tapi insyaAllah dalam waktu2 terdekat nih la " jawab pokcik bila ditanya Tok Lipat bila mau pulang kekampung. Niat dihati tuh memang ada, malah tak sabar2 lagi, tapi mengenangkan tentang ongkos dan perjalanannya, terpaksalah ditahan2kan dulu.
Tak mengapalah, suatu hari nanti pokcik pasti akan balik ke kampung jua..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
2 comments:
kampong pokcik kat mana ?
saya kerja dengan syarikat kapal ... kalau pokcik sudi, saya boleh tumpangkan pocik naik kapal, hantar sampai depan pintu rumah pokcik di kampong ....
Abg Long - uihh kalau cam tuh, bawak saja pokcik ke pantai Carribean.
Cam dah lama gitu tak pergi vacation kekekeke
Post a Comment