Wednesday, January 31, 2007

Cium..

Pokcik sedang duduk menegun diatas tangga bila terlihatkan si Dol yang mencium tangan Mak Limah sebelum naik motor ayahnya utk ke tadika. Kadang2 kalau Leman sibuk Mak Limah yg menghantarkannya. Sengaja mereka tidak mahu membiarkannya pergi sendiri, sebab nanti akan melencong ke tempat lain plak.. mengagau bermain2 diparit. Kadang2 pokcik pun diajaknya sekali iksh iksh budak2 zaman skg..hik hik

Dalam pada tuh pokcik berasa sangat bangga sebab tiap2 pagi dia selalu cium tangan mak dan ayah dia. Walau pun Dol nih nakal, pokcik rasa dia akan berjaya dan jadi seorang yg berguna di masa depan. Cium tangan ibu bapa tiap2 pagi banyak membawa berkat .

Sebut pasal cium nih pokcik rasa nak tergelak sendiri.

Semasa kita bayi, ciuman adalah murah dan mewah. Sentiasa mendapatnya hari2 hatta sedang tido pun sekalipun. Ye lah, baby kiut la katakan..

Ciuman bagi remaja pula. Ohhh.. sangat terlarang gitu.. “ Eiii mana boleh , kita belum kahwin lagi tau.. mana boleh cium2 .. berdosa “ iye lah tuu.. dah harap2 begitu..

Ciuman bagi seorang tua cam pokcik nih.. Hmmm.. terpaksa pula dibeli2 gituu..

" Dol..meh sini cium atuk nak? Meh laa.. atuk bagi 20 sen.. meh laa.. "

" Ooo tak moh laa..atuk busuk, bau kopi lagi.. kalau nak suo cium gak, bagi singgit.. "

Alahaiii…

Nota : Kepada rakan pokcik sipembawa lori, Cenna Mari , yg terkenal dengan "sini mari" , " datang mari" , "sana mari" dan segala2 mari2nya. Selamat menyambut Thaipusam.. Agaknya tahun nih dia "angkat mari" itu kavadi kut.


Dan yg lain2 plak..Selamat bercuti..

Tuesday, January 30, 2007

Cerita meninggalkan dan yang ditinggalkan..

Pokcik menitipkan salam pada Tok Lipat yang pulang ke kampung semalam. Setelah dua hari disini, dia jadi begitu rindu pada kg ( harap2 dah ada halamannya). Walupun kini suasana disana agak sukar kerana musibah banjir, namun dia tetap mau pulang.

“ Walau kemana pun kita pergi, kg halaman tidak harus dilupkan.. “ ayat2 tersebut terngiang2 ditelinga pokcik. Dan lebih menyentuh hati, kedatangannya kemari bukanlah sebab melarikan diri, cuma ingin berjumpa pokcik yang lama tak bersua selain dari menyampaikan pesan dan cerita akan saudara mara disana yang ditimpa duka.

Pokcik jadi sedih sendiri. Serta merta ingatan mengimbau ke kampung yang tercinta. Kadang2 timbul rasa bersalah jua. Ada kg tapi ditinggal2kan, merantau tak tentu hala, bukan mengecap bahagia atau kaya pun. Entahlah.. pokcik pun tak tahu..

Pokcik turut mengirimkan salam melalui Tok Lipat minta disampaikan juga kepada saudara mara dikg dengan harapan mereka akan tenang hati dan tabah jiwa dalam menghadapi musim pemulihan selepas banjir ini. Walau pun tidak sehebat Tsunami di Aceh namun serangannya yang berhari2 begitu merobek sekali hati2 insan yang tak berdaya.

"Tak tahulah, tapi insyaAllah dalam waktu2 terdekat nih la " jawab pokcik bila ditanya Tok Lipat bila mau pulang kekampung. Niat dihati tuh memang ada, malah tak sabar2 lagi, tapi mengenangkan tentang ongkos dan perjalanannya, terpaksalah ditahan2kan dulu.

Tak mengapalah, suatu hari nanti pokcik pasti akan balik ke kampung jua..

Monday, January 29, 2007

Sesuci embun pagi..

Hari ini pokcik bangun dengan senyuman yang mekar berbunga. Terasa dingin dan nyaman sekali dipagi hari ini. Burung2 berkicauan memuji2 langit kirmizi yang beransur cerah. Seketika jaluran fajar pagi pun melimpah bersama segala pintu2 rezeki yang terbuka luas untuk para makhluk yang melata dibumi. Sungguh indahnya suasana pagi di sana sini.

Begitulah sinarnya turut menerangi pondok pokcik yg sunyi sepi saban hari. Tatkala matahari semakin naik separuh galah, kedengaran pula riuh rendah bunyi ayam itik keluar keluar dari reban mula mencari rezeki. Cik Tom pula..sudah lincah berlari mengaktifkan badannya.. ( utk tido semula , kan dia malam berjaga ), manakala bunyi kenderaan pula sayup2 riuh di jalan besar sana.

Sesekali merenung langit, hati pokcik jadi insaf. Begitulah cantiknya alam ciptaan Tuhan ini. Segala2nya bukan semata-mata untuk dinikmati malah difahami sekali..bagi mereka2 yang tahu

Pokcik berjalan lesu menghala ke perigi belakang berkelubung kain pelikat. Sambil tuh merasa2 akan air tempayannya yang sejuk serta menggetarkan tulang hitam. Air dari sumber alam tidak pernah jemu untuk memberi nikmat kepada manusia.. Sudah sepatutnya manusia ini bersyukur banyak2 kepada Penciptanya. Pokcik bermusahabah lagi, memejam mata sambil mencangkung kukuh penuh tafakur.

“ Atukk!…apa wat tu tak mandi lagi? Aiii takkan takut mandi air sejuk kut.. “

Suara Dol tiba2 menjerkah. Pokcik tercelik mata lalu menoleh. Dia yg sudah siap berpakai cantik tersengih2 sebelum dipimpin Mak Limah untuk ke sekolah tadika. Sempat juga dia melambai2 pada pokcik.

"Uishh..Dol nih , tak boleh oang nak melayan perasaan langsung…kacau laa.. " pokcik mengomel sendiri, sambil mencelup air didalam tempayan dengan jari. Ooooo.. oooo... sejuk nye..
sambil terus2an mengigil.. gegegegege

Alahaiii...

Friday, January 26, 2007

Pelarian banjir

"Datang naik apa?" tanya pokcik selepas reda kami berpeluk2an kesukaan.
"Tumpang lori sayur " jawabnya separuh mengeluh. Mujur pemandu lori tersebut kenal baik dengannya.

Oh! pokcik terlupa , kehadiran Tok Lipat pada pagi itu benar2 nyata. Pokcik tidak bermimpi sebenarnya.

Tidak lama lepas tu, kami duduk dianjung sambil bersarapankan kopi Tongkat Ali dan sekut kering, Tok Lipat menyambung ceritanya semula.

"Semuanya dah hancur. Rumah, kereta, ayam itik, lembu, segala tanaman.. seme hancur " ujar Tok Lipat dalam nada sayu. Belanja yang melanda amat2lah menyusahkan seme. kalau dikenang2 makin menitis air mata. Mungkin dia pun sama terkenangkan berbotol2 minyak urutnya yg turut tenggelam bersama air yg menghanyutkan.

"Abih tu kenapa kau lari kesini? Duduk jek la sana tulun2 oang mana2 yg patut," tanya pokcik tetiba menyebabkan dia menoleh. Memang dari apa yg pokcik dengor itulah kerjanya disana tuh, terlanjur dia pun turut dipindahkan kesana.

"Alah… bukan tak nak tolong, tapi ramai sangat yg nak ditolong.. " jawabnya setelah agak lama terkebil2.

"Pantang jek ada oang pandai ngurut. Seme anggota nak di suanya, nak disuruh urut ," jawab Tok Lipat lagi mengenang rutin barunya sejak dipindahkan ke dewan oang ramai tu. " Aku pun mangsa banjir gak, sama2 perlukan perhatian. Tak kan sebab aku nih pandai mengurut, sedap jek oang seme ambil kesempatan. Mana boleh jadi. Pengsan aku dbuatnya nanti, “ dia mengeluh lagi.

Pokcik mengangguk2 kepala mengiyakan pandangannya. Memang telah diketahui sudah, bahawa Tok Lipat nih baik oangnya, kalau tak beriya2, takkan dia nak menolong. Tapi kalau dah "digunakan" beriya2, sapa pun tak sanggup. Tuh yang dia jadi mengamuk. Agak2nya sebab itulah, awal2 pagi dia menumpang lori sayur yg singgah, terus lari kemari.

Dibawakkannya pokcik, sebuah basikal lama. Tah dari mana dapatnya, agaknya yg terhanyut2 masa banjir tu kut. Dan lagi sebuah radio buruk satu speaker, dengan bunyi yang sayup2 jek, terpaksa dilekap ketelinga kalau mau mendengar. Radio dah masuk air agaknya. Uii.. tak senonoh betul Tok Lipat nih. Kalau nak bagi souvenior pun bior ler yg elok2 sikit.

"Aku ada satu mende nak kabo kat kau nih," tiba2 dia bersuara setelah agak lama menggelamun mengenangkan kg tanpa halamannya.

"Apa dia?" soal pokcik lagi penuh suspension. Perlahan2 dia mengesot punggung kearah pokcik sambil matanya menoleh kanan kiri. Setelah agak dekat dengan pokcik….

"Ruman Makcik Salemah dah tinggal separuh, dapurnya hanyut dibawa air. Tinggal yang depan2 jek, " tuturnya perlahan2.

Pokcik terbeliak mata.. kemudian tertunduk sambil menggeleng2 kepala.. Iksh iksh sampai hati dioang seme tak bawak pindah umah oang tua tu sekali .

Macam manalah nanti kalau Makcik Salemah tahu, tentu dia sedih..

Kesian sungguh Mak Cik Salemah tuh.. Alahaii..



Nota: Selamat bercuti hari minggu. Apa plan? Nak wat pe? Hmm.. kalau takde mende nak wat, ingat2lah selalu pokcik disini aa. Semoga anda seme ceria2 selalu..

Pokcik nak bergunting rambut la. Rasanya dah boleh buat sanggul rambut pokcik nih. hik hik hik kekekekek

Wednesday, January 24, 2007

Kosong...

Pokcik paling takut sekali kalau fikiran jadi kosong dan idea menjadi tumpul. Seboleh2nya pokcik mau lebih berinformatif dan serba tahu akal hal2 yang berlaku disekeliling masyarakat yang serba majmuk nih. Namun pabila mood sudah begitu rendah tahapnya, sungguh terasa akan siksanya. Susah hendak menyetat2nya kembali ibarat enjin bot sangkut yang tersangkut2.

Oh..pokcik tidak berniat menulis begitu.. Tak mengapalah, Kita mulai sekali lagi..

Tok Lipat tersembul di hadapan pondok pokcik kala matahari pagi hendak meninggi. Terasa macam bermimpi plak. Setahu pokcik dia kini sedang bersibukan mengurut mangsa2 yg cedera atau rela2wan yang terseliuh tangan atau kaki semasa operasi menyelamat. Namun pabila melihat dia tersengih2 dan menampakkan beberapa batang gignya yang tak berapa nak ada, pokcik terus ketawa sendiri. Lantas kami berpelukan sambil melompat2 kegembiraan.

Begini pun tidak sesuai rasanya. Terlalu datar dan biasa, mungkin pokcik patut bercerita lebih santai dan romantis.. Ya lah, tulis lagii..

Marpunah janda memandang tanpa mengelip2. Hujung bibir mulusnya yang digigit manja menambahkan lagi debar di hati pokcik yang entah kenapa mengajak2 singgah kesitu. Walau pun diibaratkan seperti tekukur masuk jebak, namun pokcik akur. Terlalu lama menghindari telah merbitkan rasa yang sukar dimengerti.

"Lama abg tak datang sini, dah tak sudi ke nak jumpa Punah lagi," soalannya berbaur pujuk rayu dan sedikit rajuk begitu meruntun rasa bersalah pokcik yang kian membusut. Sedarlah sungguh yang pokcik sudah buat silap dalam menilai perasaan sendiri.


Pokcik tak tahu kenapa musti melarikan diri darinya sedangkan tak ada apa2 yang jelik dan kurang. Hanya kerana dia seorang janda ke? Iksh.. iksh.. cetek sungguh fikiran pokcik nih. Haii. Kenapalah pokcik buta akal dan hati selama nih?, tak tahu menilai antara kuih jualan Marpunah dan Marpunah sendiri..iksh iksh .

Oh! sudah jauh sungguh pokcik merapu. Dah kata dah, fikiran pokcik tengah kosong sekarang nih..hik hik alahaiii

Tuesday, January 23, 2007

Banjir melagi lagi...

Malam ini pokcik maleh nak mengingati tentang banjir. Bukan kerana mengalami trauma kejap2 diatas kejadian yg menenggelamkan kampung (tanpa) halaman pokcik tuh, tapi kerana kekerapan mengingatinya boleh menyebabkan pokcik jadi tak senang hati.

Sudahlah pilu ini makin menyayat2 hati, ditambah pula dengan rasa resah yang melipat2 tangkai kalbu. Boleh jadi kacau jiwa pokcik dibuatnya. Makan pun jadi tak lalu, hatta memakan roti canai berkuah “banjir” diwarung mamak sekali pun tiada berselera jua.

Segala2nya biarlah pokcik serahkan pada Tuhan yang satu. DIA lebih mengetahui. Semoga sedara mara pokcik dikg sana tuh sihat2 sejahtera dan selamat2 hendaknya. Tak kisah ler duduk beramai2, bersesak2 serta ber riuh2 sekalipun, janji makan pakainya cukup kerana bantuan datang serba melimpah2 selimpah air yang bertandang dari muara empangan Sembrong dan Bekok.

Semoga Tuhan sajalah yg membalas jasa2 para penyelamat serta anggota unit bantuan rela. Tak kiralah sama ada mereka rela atau tanpa rela. Tanpa mereka semua, kemanalah agaknya nyawa ini kan bu bawa? ( Sambil mengesat2 air mata yang mula menitis.. dan mula nak terisak2)

Namun sedikit rasa marah mula merapi dalam hati pokcik nih bila mengenangkan di masa2 darurat begini pun, ada pula insan yg mengambil kesempatan, memecah masuk rumah serta mencuri harta benda oang lain. Iksh iksh tak ada kerja sungguh manusia2 durjana ni. Tak bermoral langsung aktivitinya. Sudahlah oang derita dilanda musibah banjir, dia lagi makin nak menyusahkan.

Itu belum masuk kes penyelamat yg mencabul. Huh! Lagi laa pokcik rasa bertambah2 marah. Oang macam nih harus diketuk jek kepala nya patplo juta belas2 kali, kemudian dicampakkan ke sangkar buaya yg banyak kat daerah Muo sana tuh kerana antara makhluk berdua tuh tak ada bezanya gitu.

Oh! Maafkan pokcik kerana menuliskan kisah banjir lagi..

Hati ini terasa sukar dihalang2 gitu… Alahaiii…

Monday, January 22, 2007

Lagi lagi banjir

Mak Cik Salemah yg berjiran dengan Tok Lipat dikg pokcik sana turut disuruh berpindah juga. Tah macam mana di papah oang tua tuh, pokcik pun tak tahu. Degilnya bukan main, susah nak dibawak berbincang. Sayang benor umahnya yang sudah separuh ditenggelamkan air tuh.

Katanya, kalau boleh dia nak mati disitu jugak. Jenuhlah para petugas sukarela melayan rasa semangat "kerumahan" nya itu. Dan ler dia berpenyakit, darah tinggi dan sakit jantung. Kalau buatnya mati pun, bukannya oang susah nak menanam, tapi kat mana nak ditanamnya bila seluruh tempat itu dinaiki air hatta tanah kubur sekali pun.

Mendengornya, pokcik geleng kepala2 patplo kali. Keras betul hati oang tua nih.

Namun dengan paksa rela dan pujuk rayu serta digula2kan ( bahawa umah dia akan dibawak pindah sekali) , barulah dia akur.

Namun berita terbaru yang pokcik dengor kelmarin benar2 meresahkan semua.

Jantungnya tetiba berdegup2 dengan kuat hingga sukar dikawal. Mahu sahaja dia pengsan dan terkoma disitu juga oleh rasa dan keadaaan luar kawalannya itu.

Namun bukan kerana sakit jantung yg menyerang bahkan sakitnya tak terasa langsung. Sukanya pula jadi terperi2.

Alkisah dia terjumpa dengan MAWI dipusat pemindahan itu. Kelu lidahnya pabila melihat senyuman Mawi tuh. Satu ayat jek yg mampu terluah olehnya..

" World.. "

Pokcik menggeleng2 kepala lagi patplo kali sambil mengurut2 dada .. alahaiii

Saturday, January 20, 2007

Banjir lagi..

Pokcik masih lagi gusar mengenangkan nasib mangsa2 banjir di kg pokcik sana sejak seminggu yang lalu. Berita yg diterima petang semalam mengatakan, ada sebahagian besar lagi oang2 kg pokcik telah dipindahkan di Dewan Serbaguna yang berhampiran.

Namun akibat hujan yg turun agak lebat pada sebelah malamnya, dengan dewan2 serbaguna tuh pun habis dinaiki air, menyebabkan yang berpindah kesitu terpaksa pula merandah ( berpindah randah ke tempat lain)

Pokcik tak tahu sama ada mahu terus2an simpati atau ketawa seketika…alahaii

Thursday, January 18, 2007

Pening datang lagi..

i.

Seorang penulis Barat yg terkenal bernama Earnest Hemmingway pernah berkata,


Dunia… adalah tempat yang indah untuk didiami..
Dan kita manusia, adalah berbaloi berjuang bermati2an untuknya..


Pokcik cuma setuju dengan bahagian yang pertama jek.. alahaii


ii.

Pokcik masih lagi dalam keadaan tidak sihat. Ditambah pula dengan serangan pening kepala yang tiba2 menyengat sejak dua hari yang lalu.. Lagilah membuatkan pokcik sukar untuk berfikir dan bergerak. Hanya mampu berehat sahaja..Nak menulis pun tak ada idea..adehhhhs


Kadang2, jadi oang tua nih agak memboringkan gitu. Boring pada diri sendiri dan juga memboringkan oang lain..

Harap2 anda semua tidak bersetuju dengan pendapat pokcik.. hik hik hik..alahaiii..

Tuesday, January 16, 2007

Air mengalir lesu...

Entah kenapa sang mata2 ikan dalam mulut pokcik nih susah nak beransur sembuh. Sampai susah betul pokcik nak mengiggit ikan, apatah lagi nak makan2, hirup2, sedut hatta berkunyah2 pun. Biskut Hup Seng pun dimakan dengan penuh tragis sekali. Diramas halus2, masukkan kedalam kopi dan dihirup melalui sudu macam bayi yang baru nak tumbuh gigi gayanya..hik hik. Sungguh tak terperi2 gitu rasa sakitnya tatkala tersentuh sang mata2 ikan itu

Namun dalam pada mengulit sakit2 disini, hati pokcik jadi lebih terharu dan simpati pada mereka2 nun jauh di kg sana yang masih lagi bertimpa2an dengan masalah banjir. Ramai saudara mara pokcik serta teman2 yg dok mengeluh saban hari akibat bencana yang melanda. Tak kurang juga ada yang terfikir2 cam manalah agaknya rupa tanah yang kering..

Lebih menyedihkan lagi.. apabila diumumkan daerah tempat kelahiran pokcik diJohor sana iaitu Batu Pahat mencatitkan jumlah perpindahan mangsa banjir yang tertinggi sekali didaerah Johor.

Oh! Berbatu2 rasa sebak didada pokcik ini, manakala hatinya pula rasa bagai dipahat2 gitu... alahaii

Monday, January 15, 2007

Pokcik yang terpana..hik hik

Kali ini lagu yang melatari pondok pokcik agak lain dari yang lain. Alah, sesekali pokcik pun nak ubah selera gak. Saja nak bagi korang hanyut dalam liuk lentuk irama yg mendayu2, bunyi tabla dan sitar yang saling bertingkah, silap2 boleh meruntun jiwa gitu.

Terimalah lagu Chand Sifarish dari filem Fanaa, lakunan Aamir Khan dan Kajol .

Kalau nak nyanyi sama pun bolehh.. Nih pokcik dah mintak lirik dia kat Bangla restoren mamak depan tuh. Semoga terhibur aa....

Pokcik sedang membayang2kan diri pokcik sedang bercanda di kawasan tanah tinggi yang cantik panorama dan halus hembusan anginnya. Pulak tuh bersama2 sidia yang sudi menemani. Kami menari2 dan bernyanyi dengan asyik sekali.. Oh! bahagia sungguh nih..hik hik

( Psst!..jangan ganggu pokcik aaa..tengah sibuk nih..gegege *wink* )


Chand Sifarish ( By Shaan, khailash Kher )


Hmm hmm hmm hmmm
la la lahey hey hey hey ah ha

Subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
Subhaan allaah subhaan allah subhaan allah

valle vallevalle
vallevalle valle

Chaand sifarish jo karta hamari
Deta woh tumko bata
Sharm-o-haya pe parde gira ke
Garni hain hamko khata
Zidd hain ab toh hain khud ko mitana
Hona hain tujhmein fanaa

Chaand sifarish jo karta hamari
Deta woh tumko bata
Sharm-o-haya pe parde gira ke
Garni hain hamko khata

valle vallevalle valle

Teri adaa bhi hain jhonke wali
Chhu ke gujar jaane de
Teri lachak hain ke jaise daali
Dil mein utar jaane de
Aaja baahon mein karke bahana
Hona hain tujhmein fanaa

Chaand sifarish jo karta hamari
Deta woh tumko bata
Sharm-o-haya pe parde
Gira ke karni hain hamko khata

Subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
Subhaan allaah subhaan allah subhaan allah

Hain jo iraaden bata doon tumko sharma hi jaaogi tum
Dhadakanen jo suna doon tumko ghabraa hi jaaogi tum
Hamko aata nahi hain chhupana
Hona hain tujhmein fanaa

Chaand sifarish jo karta hamari
Deta woh tumko bata
Sharm-o-haya pe parde gira ke
Garni hain hamko khata
Zidd hain ab toh hain khud ko mitana
Hona hain tujhmein fanaa

Hujan petang..

Nampak saja awam kelam berarak, pokcik cepat2 turun lalu berlari2 ketengah laman lalu berhenti dan terus mendongak melihat langit.

"Uii.. nak hujan nih, best nye “ hati tua ini berkata2. Seolah sudah berkurun tidak merasa hujan. Memang sejak2 akhir ini agak kurang turunnya. Kalau ada pun hanyalah sekadar menyimbahkan gerimis sahaja.


Setelah agak lama tercangak2 mendongak sampai sakit tengkuk, akhirnya pokcik sedar yang sang hujan tidak akan turun kali ini. Suasana yg tadinya muram tiba2 bertukar cerah. Awan kelabu asap sudah berlalu pergi.

"Oh! Tidak!... sang awan mendung, Turunlan disini.. timpalah daku yg kegersangan nih." pujuk pokcik dalam hati. Takut kempunan pula merasai titis airnya. Merasakan dia tidak akan turun , pokcik berlalu hampa masuk kedalam pondok.

Pada sebeleh petang nya pula, mendung datang lagi. Seperti tadinya pokcik berlari2 lagi keluar laman. Entah macam mana, tersadung pula kaki kanannya pada selipar jepun sebelah kiri yang dipakai, lantas pokcik tersungkur menyembam bumi dengan gaya2 terjun bebas. Nasib baik tangan sempat menahan. Namun kejatuhan yang mendadak bak tembikai terhempas tu betul2 menyakitkan siku, rusuk dan pinggang.

Sedang2 pokcik mengadu2, mengurut2 pinggang sambil duduk bersimpuh, hujan pula turun tiba2 tanpa disangka2. Deras dan lebat terjahannya.

Pokcik terkebil2 memandang langit. Walau pinggang dan tangan sedikit sakit, namun hatinya ceria serta berbunga banyak2 gituu.

Agaknya, ini ler yg dinamakan pepatah baru "Sudah jatuh, ditimpa hujan .." hik hik, pokcik ketawa mengekek2 patplo kali..

Terus pokcik bersila seolah2 sedang bertapa dalam derai hujan lebat, padahal pokcik hanya menikmati gitu..

( iksh iksh buang tebiat agaknya oang tua nih ) gegegege2. alahaii

Saturday, January 13, 2007

Oang tua yang sakit...

Beberapa hari lalu, tengkuk dan urat dibelakang kepala pokcik jadi tegang lagi. Musykil oh musykilnya hati ini. Nak kata makan kambing atau sop, perkara tuh dah lama berlalu. Mudah betul pokcik ditimpa sakit sejak dua tiga menjak nih.

Dalam masa yg sama , rasa bisa2 mula menjalar di tapak kaki dan sendi lutut serta pergelangan tangan, menyababkan pokcik jadi “ tak alah” pada tegal biasanya. Itu belum lagi masuk sang mata2 ikan yang berpengkalan di tiga tempat dalam mulut pokcik nih termasuk betul2 dihujung lidah. Menganggu betul aktiviti makan2 pokcik..

Oh! sungguh mewah betul pokcik dengan penyakit2 yang menyerang tiba2 pada awal2 tahun nih..
Nampaknya, buat sementara waktu ni pokcik akan berakit2 ke hulu lah gamaknya.
Apa2 pun, selamat bercuti hujung minggu dan salam ceria..

( Sambil merebahkan badan yang serba sakit perlahan2 . Kemudian membaringkan diri, menarik selimut dan tergigil2.. huuu huu huuu aaa aaaa hmm hmm.. ( stail demam Haji Bakhil bila oang datang mintak derma anak2 yatim ) .. Alahaii.. )

Thursday, January 11, 2007

Seni sekut sekutan dan kopi kopian ..

Malam ini nampak tenang dengan angin lembut beralun2 membuai nyaman anjung yg satu ini. Oh! sudah lama pokcik tidak duduk berselesa2an sebegini. Selalunya akan ada fikir2 yg mengerikan dan membuat pokcik jadi takut utk mengharungi hari2 esok. Maka malam nih, sengaja pokcik kosongkan fikiran dan ingin bersantai2 sahaja.

Oh, biskut Hup Seng pun ada. Baru jek beli petang tadi. Nampak menarik dan ceria macam selalu2nya. Lantas pokcik soyat plastiknya. Sebelum tuh, air kopi tongkat Ali nya sudah lama tersedia, dengan asap2 nipis meliuk lentuk melayang ke udara dan hilang dibawa arus udara yang sedap2 tiupnya.. hik hik

Kadang2 kalau tak de biskut Hup Seng nih, pokcik boli biskut cap ping pong. Kadang2 juga Hwa Tai jadi pilihan. Alahaii..apalah nasib kilang Hwa Tai kat Tongkang Pecah, Batu Pahat tu. Selamat kah dia dari banjir yg melanda ?. Harap2 gitu lah..hik hik..

Pokcik ambik sekeping. Terasa ringan dan padat. Lantas di patah dua. Itu yg lazimnya pokcik buat. Kalau tidak, pokcik gigit saja bucu2nya sampai ketengah. Sisa2nya bertaburan jatuh kebawah, kadang mengenai kain pelikat dan tubuh badan pokcik. lalu pokcik kibas2. namun yang selalu2nya ia akan dicicahkan pada kopi Tongkat Ali panas yg telah menanti lama. Jalinan keduanyalah yg membuat malam2 pokcik berlepakan dianjung nampak hidup dan asyik.

Biskut yg dipatah dua, dicicah pelan2 kedalam kopi. Cicah separuh, lepas tuh makan yg separuh cicah tuh. Barulah rasa lemak2 pahit bercampur menyegarkan akak tekak dan perut yang separa kosong. Manjalar2 rasa suamnya sampai ke saraf otak, membuatkan rasa khayal dan nyata bercampur gaul dan membuka ruang fikiran untuk bekerja selain membuai perasaan. Yg separuh lagi tu boleh terus dicicah, kalau tidak pun, terus makan sekali. Itu akan lebih melemakkan rasanya.

Selalunya pokcik akan berselang seli, mengacah2 cecah hingga kadang2 habis sampai berbelas2 keping. Dalam pada itu sesekali kopinya perlu dihirup juga. Gelap warna dengan rasanya yang pahit tuh akan jadi berkurangan bila acapkali dicicah biskut. Oh, dramatik sungguh penerangan jalinan biskut dan kopi ini.

Apa nak buat, tanpa biskut dan kopi, ibarat tidur tutup sebelah mata. Domikianlah sebagaimana malam pokcik dihabiskan selain menggelamun sendiri. Kopi dan biskut inilah yang menjadi teman sejati.

Kadang2 terhanyut jugak pokcik sampai ke dinihari..hik hik..alahaii

Wednesday, January 10, 2007

Hikayat Oang Glamer

Pokcik kenal seoarng dari zaman lampau, berbelas2 tahun lamanya sewaktu sekolah2 pondok dulu. Dia yg pokcik gelar "Mat Gaiber" ( sbb suka cite siri TV McGyver akhir2 thn 80an dulu ) gemar sangat bertenet2 dan ber chatting2. Masa tuh kira dialah "ulat maya" di alam cyber yg serba tak bersempadan nih. Hari2 kejanya menenet, berchatting dan juga berborak2. Tak kira laman mana, irc, bbs, chat itu , chat ini, dan lain2 lagi.

Secara tak langsung membuatkan Mat Gaiber jadi lebih glamer walau diruang maya yang tak kenal sapa nih. Asal mana ada ruang borak2 yg tak terhalang, maka ada lah dia duduk bergoyang2 sembang dan berlepak2an. Terlalu kecil dunia sebenar dia ( walau pun dunia maya dia besor). Rasa2nya pada pendapat pokcik itulah dunianya. Dunia ciptaan sendiri Gembira sungguh dia hari2 walau tak keluar bersosial sana sini. Mungkin dia tahu dia ada ramai teman agaknya di"dalam"sana tuh.

Itu tak dinafikan. Kawan2nya memang ramai, tak termasuk juga adik2 manis dan manja, yg dijadikannya adik angkat keliling pinggang. Adik2 angkat dia nih pun sukalah bila ada abg angkat yg perihatin dan memahami ( kekononnyalah tuu ).

Namun masa terus berlalu. Tuntutan hidup memaksanya menjauh dari computer. Mulut perlu disuap. Zaman belajar sudah berakhir. Zaman bekerja sudahlah menanti dgn pasti..

Kawan2 mayanya semakin jauh kedepan, sedangkan dia jadi tak bermaya. Adik2 yg manis manja pun turut diangkut2 oleh oang2 lain dalam dunia yg lebih nyata. Usia semakin meningkat dan menyedari tiada apa perkara baik yg dihasilkan dari aktiviti menenet2 nya tuh dia jadi tersangat2lah kesal. Apatah lagi dengan perkembangan borak2 yg lebih advance spt blog, GPS, 3G, Roaming dan macam2 lagi caranya yg tumbuh bagai kurap selepas digaru.

Itulah kali terakhir pokcik bersua dengannya. Dia nampak semakin lesu. Kerja kilang sebagai supervisor dan ada anak tiga, Hidupnya serba ada namun tidaklah boleh berkaya2.

"Aku telah disia2kan zaman muda aku Mers, " katanya penuh syahdu, membuatkan pokcik hampir tersedu2.

"Glamer nih tak kekal lama, sama macam roda, kejap diatas kejap dibawah ," Dia mengeluh lagi. "Agaknya lah kalau dulu aku belajar betul2 pasal internet nih, buat program itu sini tentu aku dah jadi pakar IT. Kurang2 pun kalau aku bertatih menulis, aku dah boleh ada banyak buku skg nih " Sesalnya semakin menjadi2.

Pokcik jadi terharu. Ini cerita pengakuan benar dari oang yg telah tersilap 15 tahun dulu. Pokcik tahu benar kisahnya, namun siapalah kita yg hendak mencipta takdir bagi oang lain. Banyak betul yang pokcik belajar dalam perbualan itu. Tentang dunia realiti sebenar dan dunia ciptaan kita.

Pabila duduk termenung sendirian dipondok buruk nih dimalam hari, pokcik jadi takut plak berada disini. Apatah lagi dengan sisa2 usia yg masih diberi ikhsan cuma, lagilah menggetarkan sukma dan risau2 yg semakin membara.

Entahlah, awal2 tahun nih terlalu banyak hakikat2 hidup ini yang menyerlahkan mata fikir pokcik. Rasanya sudah sampai masa pokcik berundur diri.

Selamat tinggal semua..
Selamat tinggal dunia serba maya..

Eh!..Apsal korang meratap2 dan menghiba2 nih ?..

Pokcik nak masuk tidoo jek..

Kan dah malam nih..iksh iksh kekekek alahaii

Tuesday, January 09, 2007

Di telan pahit, dibuang sayang.. alahaii

"Berapa tahun umur dia?" soal pokcik dengan sungguh2.

"Err.. err 71 tahun “ jawab Leman dengan rasa sangsi2 yang menggunung. Mana tak sangsi, pabila tetiba jek pokcik bertanyakan umur mak dia.

Namun pokcik tersenyum sompek ambil angguk2. Sejak seminggu lalu pokcik ada terperasankan seorang perempuan tua tinggal diumah sebelah nih. Namun tidaklah sampai tertimpa perasaan hik hik. Sebelum2 nih tak nampak pun. Itu yg pokcik menanya tuh. Kini, memang sahlah, itu mak dia.

“ Sihat lagi nampak oang tua tu “ ujar pokcik lagi, membuatkan Leman jadi semakin suspens.

"Tak juga.. dia dah tak berapa kuat nak jalan. Makan pun ketar2, mata dahlah tak nampak. Kadang2 kencing pun tak sedar.." jawab Leman sejelas mungkin. Kerana mungkin juga bermaksud2 supaya pokcik tak cuba menggoda2 mak dia tuh. Aduss..ada plak..sabo jek pokcik hik hik

"Habih tuh, Limah jagalah ek? Adik beradik kau yg lain tak jaga ke?" tetiba2 pokcik jadi lebih perihatin plak. Biasa ler, dah jadi oang tua nih tentu rasa tersentuh bila melihat oang2 yg sebaya dah makin tak terdaya gitu. Makin perlu dijaga jagi.

"Jaga jugak, gilir2 lah. Nih akak aku nak gi Haji, aku tolong2lah jagakan kejap. Kalau dia tuh jaga senang sikit. Dia pun kerja misi. Tak susah jaga oang sakit nih.." Leman menerangkan lagi perihal keadaan mak dia.

Memang oang tua tu patut dijaga. Nampak jalannya pun terketar2 gitu. Bila pokcik lalu lalang depan pintu, ada dia kata “ Napa lampu tu tak tutup? “ iksh iksh cam ler kelibat2 pokcik nih ibarat lampu yg bermentol rosak. Uii sah ler oang tua nih dah kelabu mata.

“Habih makannya cam mana, selera lagi ke?” pokcik beralih topic pula. Itu pun sebab mengenangkan yg seusia pokcik nih, makan nya tolak batu dan kayu jek. Masih laju.. Cuma tuh la..duit tak berapa banyak, makan jek la apa yg ada. Lain ler kalau mak si Leman nih. Anak2 seme dah ada kerja gaji besor2. Takat mak dia, apalah sangat makan. Nak makan apa pun mereka boleh beri.

“ Banyak juga makannya, kadang2 habis sepinggan. Semua dia sapu. Lepas tuh tak de keja lain, makan tidur, makan tidur jek “ Leman separuh mengomel manakala pokcik tergelak2 kejap.

“ Elok lah tuh, sementara badan sihat. Nanti kalau dah sakit2 lain pulak ceritanya” Pokcik sekadar mengiyakan.

“ Tak de sakit apa? Macam2 sakit ada.. Kencing manis, darah tinggi, sakit lutut, sendi dan macam2 lagi “ pintas Leman.

Mendengar je kata2 itu, pokcik nyaris2 terjelepuk jatuh. Uishh.. Biar betul si Leman nih.

"Habis tuh ubatnya ada makan tak?" kali ini pokcik jadi lebih perihatin plak. Sementara Leman menggaru2 kepala.

"Alah, makan juga.. kadang lupa2 gitu. Banyak betul ubatnya tuh. Tak larat nak makan. "

"Habis kau atau Limah tak jaga ke ubat yang dia makan tuh ?"

"Alahh susah lah pokcik, oang tua nih, kadang2 cerewet. Makan ubat tak sedap katanya. Kadang2 kalau kita paksa2 dia marah. Kadang2 kita pun terlupa. Alah.. biar jek la.. asal dia nak makan sudah. Kakak saya pun suo layan cam tuh. Sementara dia masih hidup nih, biarlah dia nak makan apa pun. " jawab Leman serba selamba.

Pokcik menggeleng2 kepala patplo kali. Kesal dihati semakin menjadi2. Rasa nak marah pun ada. Ya lah, Apa yang Leman tahu?, dia bukannya oang tua. Walau pun jaga mak dia tak begitu susah tapi untuk jangka panjangnya akan lebih menyusahkan lagi.

Pokcik kenal oang tua yg cam tuh. Nun duduk dikg pokcik sana. Mewah betul dengan jagaan2 yang semacam ini. Makan apa saja, tak perlu dijaga (maksudnya hentam apa saja), ubat2 diremeh2kan dan dibiarkan hanya makan tidur, makan tidur sahaja. (Tidak dibawa jalan dekat2, exercise keliling umah gitu).

Tak lama lepas tuh keadaannya semakin menyusahkan. Tak kenal oang, merapu2 kenyanyukan. Buat2 perangai dan membebel2 selalu. Tak lama lepas tuh perlahan2 makin tak berdaya dan akhirnya meninggal dunia.

Tuh la gara2 makan tak terjaga. Garam gula bubuh semua. Itu yg kencing manis menjadi2. Mata cepat buta. Badan cepat lemah dan sering kali letih nak tidur. Lama2 jadi tak stabil dan asyik marah2. Itu pun susah nak bawak jumpa doktor untuk check apa2 atau pantau paras gula. Last2 kena sakit urat, otot dan terus stroke.

Pokcik terus berlalu pabila Leman nampaknya tak senang hati pokcik menyibuk2 di rumahnya bertanyakan akan hal mak dia. Namun dalam masa melangkah balik, otak pokcik sarat dengan fikir dan akhirnya membuat satu kesimpulan.

"Sayang sungguh adik beradik Leman nih pada mak dia tuu.."

Namun pada pendapat pokcik, kesayangan yg semacam ini kadang2 terlalu mengerikan gitu.
Selain sayang, pokcik lebih suka kepada perkataan "mengambil berat" .

Oh! emosi sungguh pokcik hari nih.. alahaii

Monday, January 08, 2007

Tahun Melawat Malaysia

Uii seronok betul pokcik bila diumumkan tahun 2007 nih adalah tahun melawat Malaysia. Meriah jek nampak peresmiannya malami tuh, dengan pertunjukan bunga api, nyanyian, acara kebudayaan, zapin dan ada buaian roda yg besor sikit dari yg pokcik naik kat funfair zaman dulu2 tuh.

Menarik sungguh nih... Dah lama pokcik tak berjalan2 makan angin melawat2 Malaysia. Maklom la duduk dipondok buruk nih, jarang dapat kemana2. Dok ambik angin2 malam jek. Tuh yg masuk angin kekeke. Manalah nak tahu pasal perkembangan semasa apatah lagi yang berlaku dalam Negara.

Negara kita pun banyak tempat2 yg menarik dan senang nak pergi. Kos pun murah. Pengangkutan senang. So, boleh la kumpul2 duit dan merancang untuk melancong didalam Negara Malaysia yang tercinta nih dalam setahun nih. Negara kita pun kaya dengan panorama hutan2 , pantai2 yg cantik, tempat2 bersejarah dan tempat2 pelancongan yang kelas2 gitu. Tentu ada tempat2 yg menarik yang anda seme tak lagi kunjungi, mana tahu anda dapat belajar sesuatu darinya.

Apa2 pun, pagi nih lepas gi kedai boli biskut dan kopi tongkat Ali, pokcik ingat nak melawat umah Leman sebelah nih laa..

Lagi pun umah dia pun kat Malaysia jugak hik hik kekeke..alahaii

Saturday, January 06, 2007

Dan pokcik pun ber RESOLUSI lahh..

Adapun setelah agak lama memendam rasa, mencari2 masa dan makna sebuah resolusi pada tahun baru 2007 nih, akhirnya pokcik ketemu juga kesimpulannya. Rasa2nya juga, pokcik terpaksa akur dengan kemampuan diri. Kalau nak diikutkan memang banyak nak dilakukan dan dicapai tahun ini.

Walaupun usia sudah meningkat tua, namun semangat pokcik tetap semarak dengan perkara2 yg perlu dilakukan dan sasaran yang ingin dikecapi, walaupun tertangguh2 dan berkumpul2an dari resolusi2 yg berpuluh2 tahundulu tertunda2 atau tak tercapai kekekeke..

Maka dengan rendah diri dan senang hati, inilah saja yg pokcik harap dapat buat tahun ini.. Dan kenapa pokcik memilih hanya tiga sahaja..

Mendekatkan diri kepada TUHAN dan melebihkan amal ibadat .


Walau pun sudah sedia maklum dan wajib buat akan rukun2 ini, tapi untuk melebihkan nya barang sedikit demi sedikit tiap2 tahun juga amatlah digalakkan. Maklom la, usia semakin menuju imsak dan amal belum lagi sesak2. Balik2 terpana dengan warna2 dunia yg kadang2 mematikan saraf2 keinsafan pokcik. Membuat pokcik terbuai dan jauh dari mengenal diri. Oh! Sastera sungguh bahasa pokcik nih hik hik


Menjadi SIHAT :


Siapa kata jadi tua itu menyusahkan dan menyiksakan? Tentu sekali tidak, kalau anda adalah seoang tua yg sihat gitu.. Dgn sebab inilah pokcik nak jadi sihat dan bertenaga. Setakat kopi tongkat Ali pun tak membawa pokcik kemana2 ( setakat duduk bawah pokok pelam dan anjung lepak2 serta menggelamun jauh saja).

Oang2 tua nih kadang2 kalau tak dijaga akal dan tubuhnya, nanti akan jadi seperti budak2 balik. Mudah kena penyakit, mudah berubah emosi dan tentunya menyusahkan sesiapa saja. Memandangkan pokcik hanya sebatang oang, maka perlu lah pokcik menjaga diri sendiri sebaik mungkin.


Ingin lebih MEMBUAT BAKTI.


Seperti lagu P.Romlee tuh, tiada kata secantik bahasa, maka dengan berbahasa cantik lah pokcik akan lebih dihargai dan hormati. Ini merangkumi kata2 nasihat, motivasi, lawak2 bermesej dan ngobrol penuh isi. Walau pun kadang2 pokcik nih tersyok sendiri dan ternyanyuk tanpa disedari, tapi sedaya upaya pokcik akan cuba jadi lebih menasihati gitu.

Lebih2 lagi dalam menceritakan perihal diri ini, harap2 dalam terhibur ketawa tuh ada sesuatu yg dapat disemat diminda. Tak mahu lagi terhanyut dalam “glamerism” dan “skandalism”.. Uii bahayo tuu seme2..gegege


Nampak nye itu sajakah yg dapat pokcik fikirkan dan muktamad untuk resolusi tahun nih. Lain2 tu rasanya tak tercapai dek tangan dan takut kalau2 tak kesampaian hayatnya gitu. Kadang2 pokcik keliru antara keinginan dan keperluan. Namun syukur otak yang dikurniakan Tuhan nih masih boleh digunakan lagi dengan waras dan bijaksana. Dan tidalah yg lebih membahagiakan pokcik selain dari membuat perkara2 perlu yg tiga itu.

Biarlah oang kata pokcik terlalu dangkal dan sempit fikir. Ini resolusi pokcik. Seorang tua yg sudah lama “makan garam” dan melihat dunia. Tak dapat dibayangkan cam mana dunia tanpa garam. Kekeke..alahaii . Namun terlalu banyak makan garam pun akan memudaratkan. Percayalah.. pokcik tak tipu..

kalau anda sekelian oang muda dan berjiwa besar tentunya resolusi anda lebih mencabar dan berstrategi. Ini memang perlu dan patut buat. Jangan muda2 lagi dah malas dan asyik mengeluh itu ini. Bagi otak dan jiwa ni makan banyak2 ( membaca buku dan beramal ). Sudah pasti anda seme akan berjaya didunia dan juga akhirat.

Semoga pokcik dan anda seme akan berjaya. Kuatkan azam, kuatkan usaha, tanamkan semangat dan, mudah2an cita2 atau impian anda akan tercapai.
.
(Psst.. nih ada satu ruhsia.. kalau korang seme nak tahu, “ masa” sangat cepat berlalu, sangat2 cepat.. alahaiii )

Thursday, January 04, 2007

Hening pagi ini..

Hari ini pokcik bangun lebih awal dari biasa. Rasanya tubuh badan nih jadi terlebih cergas plak dari hari2 biasa. Mahu sahaja pokcik ingin berriadah berlari2 disekeliling kampong dikala hening ini begitu menyamankan. Tapi memikirkan, bahawa oang tua yg tetiba berlari2 diwaktu pagi dengan rasa ceria tiba2 mungkin akan memudaratkan pandangan penduduk kg. Sama ada pokcik sudah hilang waras atau ada malapetaka yg akan berlaku hik hik. Maka pokcik berduduk2 jek la di pangkal pokok pelam depan umah, menghirup dalam2 udara dipinggiran hujung kg yg masih hijau lagi menyegarkan.

Yang paling menarik tantang pagi ini ialah otak pokcik sendiri. Begitu sihat dan penuh dengan idea2 untuk menulis. Kalau dicongak dikali dan dibahagi adalah lebih kurang patplo juta idea yang berderet2 dan berkelip2 menunggu masa untuk diluahkan. Oh! Sungguh ajaib sekali. Dengan otak yg secegas nih ler pokcik mulalah memikir dgn lebih dalam lagi. Rasa terujanya pula semakin membuak2.

Mungkin kerana pokcik tidur lebih awal semalam2nya. Ini memang benar, seperti kata2 sains, tidur awal, badan jadi sihat..hik hik Oang tua pun selalu kata cam tuh.


Tentu sekali sebab berbeza waktu, antara pagi dan malam. Di malam hari walau pun kekononnya idea lebih banyak dan jauh melayan2nya tapi tidak sama dgn idea disebelah pagi. Bila otak cergas, segala2nya kan turut cergas. Mengikut apa yg ditafsirkan oleh otak yang maha sihat. Hatta kopinya rasa terlebih sedap manakala biskut2nya pula rasa terlebih2 lemak sampai tak cukup 10 keping disuap2 gitu..hik hik..

Kenapa pokcik tidak memikirkan perkara ini sejak2 dulu lagi?. Kenapa pokcik tidak menulis sahaja diawal2 pagi dan berehat sahaja disebelah malam sebagaimana sepatut2nya oang2 tua seusia pokcik ber rutin2 ? .

Ntah la, kadang2 kita nih cuba nak jadi oang lain, tanpa sedor kemampuan diri, cuba nak jadi pemikir walaupun lebih banyak menggelamun dan meloho..Yang oang lain tuh dah memang cara dia begitu, dah dilatih sejak2 dulu. Tentulah sudah selesa.

Tahun baru nih banyak menda2 baru yg kita secara tiba2 terfikirkan secara halus. Kalau begitulah, maka banyak benda yang akan berubah. Berubah kepada kebaikan.

Walau apa pun, pagi ini pokcik rasa lebih sihat gitu..

Oh! Sayang sungguh pokcik pada diri ini..hik hik..alahaii

(Dan kalau kalian nak menyayangi diri pokcik ini pun, amat2lah dialu2akan..gegegeg kekekekek )



Wednesday, January 03, 2007

Pening kepala

Sehari dua nih..pokcik tak wat pepe dan tak kemana2 pun. Hanya dok melepak di pondok jek. Kepala nih aaa..aduhhs.. masih lagi pening2 lalat. Mencucuk2 tengkuk dan segala urat belakang kepala nih.

Semuanya gara2 makan daging, kambing dan segala sop yg berlebih2an.. iksh iksh. Kalau tahu kan jadi cam nih, huh..pokcik hanya akan makan sikit2 jek ( tapi kerap2 gitu ) kekeke..alahaii..

Agaknya sudah sampai masanya pokcik memikirkan pasal otak dan kepala nih yg kadang2 tak boleh nak memikir2 ( kerana selalu pening2). Apatah lagi dengan menjelangnya tahun baru. Sesuai benor hal2 kesihatan nih dijadikan azam..hik hik

Pokcik teringat pada satu kata2 sains bahawa “ Otak yang sihat datangnya dari badan yang sihat. “Sekali paham memang macam tak masuk akal, tapi tuh lah hakikatnya..

Bayangkanlah, otak yg hanya sekepal penumbuk nih , untuk menjadikannya lebih sihat dan bergeliga, haruslah dibagi sihat dulu tubuh badan yg sebesor2 tidak nih..hik hik..

Iksh iksh ( sambil geleng2 kepala ) Err..korang bayangkanlah dulu.. pokcik masih lagi pening kepala nih.. hik hik..alahaii..

Monday, January 01, 2007

Tahun Baru , oang lama..

Aduh.. letih sungguh tubuh badan ih pokcik rasa. Dari pagi membawak ke pagi tak henti2 bekerja dan berjaga. Maklom la musim2 korban nih byk yg kita kena korban spt waktu senggang dan waktu tido hik hik. Dan pg tadi seselepas solat Aidil Adha bermulalah segala2nya..Tak lain dari bergasak2 dgn lembu..

Penat badan nih, dok menangkap lembu, menarik tali kekang, mengejar lembu, dikejar lembu hik hik gegege.. Tak lupa juga menjaga budak2 yg kesukaan seolah2 melihat pesta manusia lawan lembu gitu, tak pun macam perlagaan lembu dalam pilem Jogho. Mujur tak ada unta atau lembu yg jenis besor2 cam bison tuh. Kalau tak lagi ler jenuh nak menumbangkannya.

Alhamdulillah segala2nya berjalan dgn lancar dan ramai pula yg ringan tulang membantu selain menyediakan sop tulang hik hik

Tuh yg kepala nih macam cinoneng sikit mlm nih, dok hirup sop tulang, sop ekor, sop daging dan macam2 bahagian yg boleh di sop2 kan gituu..Rasa cam dah naik jek darah nih, darah tinggi! Aduss.. berdenyut2 rasa tengkuk dan ubun2 kepala nih. Laa haii..nak wat cam mana, setahun sekali ler katakan acaranya, tu yg cam lupa diri jek tadi hik hik.

Bila dapat melepak malam nih rasa sedap plak. Kalau dilayan ralit nih mau jek tertido tanpa sempat menjamah kopi tongkat Alinya. Kenyang toksah cite la. Memang kedengaran bunyi2 sendawa jek sejak2 tadi. Kalau tak dilayan mata nih, pun tetap nak terkatup jugak, memang ngantuk bonar lah nih..

Namun tetiba jek pokcik terkejut katak dek kerana bunyi2an meletup2 dari perumahan flat sana. Ditambah pula dengan sorakan yg entah dari manalah datang nye..Sib baik tak bunyi mengilai2 atau guruh..hik hik..wat suspension pokcik jek. Dah ler darah nih cam naik2, lagi mau kasi naik..uii terkoma kang pokcik dibuatnya iksh iksh


Apa tah dowang dok sebut2..hepi nu yer..hepi nu yer.. Ooo thn baru ke? Iksh iksh Eh! dah tahun baru ke? Hmm kejap nye rasa..

Iyo laa.., apa2 pun pokcik nak ucapkan

Selamat Tahun Baru 2007..

Azam baru dan semangat yang berkobar2 gitu..

Apa2 pun kite tido dulu..huh letih nih aa..hmm.. huhh krooh..krohh zzzxxttsss..