Beberapa hari yg lalu tidak dapat dinafikan rasa hendak menulis begitu berat sekali. Tak tahu kenapa? Tangan ini tak de rasa nak menaip2 dan kepala otak kanan nih pun tak de tercas2 untuk memikirkan sesuatu. Puas sudah dipujuk2 dan diumpan2 dengan tidur yg panjang ( dengan harapan bangun nanti badan akan jadi segar dan banyak ideanya). Namun hanya sia2 sahaja, yg dapat hanyalah badan lesu serta otak serba kematu akibat rehat yang terlalu dipanjang2kan.
Kadang2 bila baru melancar menulis, tersenggut2 pulak dipertengahan sehingga langsung hilang mood nak menyambungnya. Terbit pulak rasa nak menyambung tidur gegege..Aduhai..apa kena ngan pokcik nih? Berhibernasi sakan mengalahkan memerang di pinggir tasik..hik hik
Adakah kerana terlalu kerap hujan turun sehingga segala idea dan semangat pena dibawa mengalir sama entah kemana? Adakah kerana suasana raya yg melalaikan sehingga yg bekerja adalah enzim2 perut sahaja sedangkan otak hanya menghantar isyarat sedap2 makan? Adakah sudah datang penyakit2 misteri yang menyerang saraf2 utama pokcik untuk jadi lebih tak sihat dan kronik? Atau hakikatnya, mungkin nikmat atau skill menulis serta berfikir2 pokcik sudah semakin tumpul dan keras kejong. Atau.. adakah pokcik sudah jatuh hati? Oh! Tidak , Sungguh suspens sekali bab yang akhir2 tuh. Aduh!.. boleh jadi kencing manis pokcik hendak memikirkan2nya.
Barangkali juga pokcik diserang " mentol block " . Mentol, yang bercahaya ibarat idea datang atau banyak idea. Bila di block, terus padam dan hilanglah idea dan semangat seme2.. hik hik
Melepak2 di anjung juga terlalu menakutkan kerana otak yang seringkali jadi statik, tidak seperti selalu2nya. Mampu memikir dan mentafsir suasana alam diwaktu malam dan juga hakikat yang tersirat2 maknanya. Kadang2 dia jadi berselirat membuatkan pokcik rasa nak menggeliat2 jek ( nak tido la tuu)..
Namun sebagai oang yang melewati batas2 senja. Pokcik reda. Tidak semua oang akan sentiasa ceria dan cergas. Ada musim2 bila mana kita rasa tak bertenaga, tak ber idea dan ingin berehat2 sahaja.
Buat masa ini pokcik tak dapat buat post mortem lagi akan akan "angin" yang melanda dalam diri ini. Harap2 ianya tidak berlanjutan.
Apa2 pun terima kasih pada semua kerana sudi berada disini , menyokong yang mendorong si tua ini untuk terus bersuara. Cuma korang lom lagi "mendukong" pokcik jek..haaa bila tu ? hik hik..
Dan lagi, selamat bercuti hujung minggu . Raya masih ada lagi, banyak umah masih terbuka untuk dilawati.
Apa2 pun, jangan sampai tak meriah gitu..alahaii
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
6 comments:
ada masanya idea mmg tak nak mai. melalak sambil berguling kiri kanan pun idea tetap bersembunyi
adeh adeh adeh mersik....x lrt rasa nya nak "mendukong" si pokcik tu....khikhikhikhik...walau pun dah tua....apa kt org...urat dawai tulang besi...ha cam tu la agaknya yg menempel kat pokcik tu...hehehehe
mmg sy kecewa ngan keadaan ini pokcik. jarang sy dtg, sy dptkn sarapan pgi sy lg di cni. sy rasa pokcik lebih tahu apa yg menyebabkn kemerosotan idea tu. kekadang apabila seseorg berada di ruang keselesaan, dia mnjd terlupa diri dn semakin malas hendak berfikir. sy pun pernah mengalaminya.
Tua? Kalau pokcik tua, opah de ni dah kerepot ler kot yek... sabo je aku. Patah ler pinggang opah de nak dukung pokcik. Tapi, pokcik tau dak apa opah de buat kalau idea tak mo datang bergolek? Opah de golek atas lantai ler. Mesti idea tu keluar tak tahan kena torture... hu hu... apa pun, opah de tahu, mentol block tu sekejap je. Lepas habis syawal ni, muncullah idea yang berjela-jela... insyaAllah.
zalisa - apakan daya, pokcik cuma insan biasa..punya otak, fungsinya pun dah jadi sedikit2 cuma..dah tua gitu kekeke
salmah - alaa pokcik bukannya berat sangat..cuma berisi jek sikit hik hik..
nor ash burn - Uishh harap2 pokcik tak ler sampai melupakan diri sendiri. Sebabnya kalu dah tahap cam tuh, harus juga pokcik jadi tak sedarkan diri dan boleh terkoma2 jadinya kekeke..
Keselesaan juga perlu untuk menjana idea..walau kadang2 tu membawa lari idea ke pulau kencana ( tidoo .. gegege hik hik..alahaii )
nur raina - ooo tak sanggup rasanya pokcik nak menyiksa diri dan menyakitkan tubuh badan yang gebu2 ini.
kalau nak bergolek2 pun bior ler beralaskan tikar dan bertemankan bantal bucuk gegegege. Lagi sedap kalau dihiburkan dengan rintik hujan yg mendesah2 hik hik
Post a Comment