Thursday, November 30, 2006

Alahaiii si Dol nih..

Sudah lama pokcik tidak melihat Dol , anak Leman jiran sebelah nih berlari2. Kali terakhir pun beberapa minggu yg lepas bila dia berlari2 melarikan diri kerana dikejar ayahnya ( kabo2nye dia gunting kasut ayahnya nak buat lastik..iksh iksh Dol nih).

Suka hati betul pokcik nampak Dol yg ceria cam oang menang Malaysia Idol nih..hik hik. Lantas pokcik panggil dia utk ajak berborakl2. Namun kanak2 yg satu nih..terlalu meterialistik.. alahaii.. kalau tak diumpan jajan atau air kotak dia tak mau mampir. Tapi kadang2 kalau datang anginnya dia akan datang tanpa disuruh, menyapa2 dah bercerita2 sampai boring pokcik dibuatnye hik hik.

Rupa2nya dia dah bercuti tadika..hik hik.. Tak kiralah, tadika pun kira cam sekolah jugak..alahaii.. Kalau tak buat apa2 dia suka tenguk TV. Memacam cite dia tenguk, khususnya tentulah cite kartun, kartun dan kartun juga. Budak2 ler katakan..

“ Dol bila besor nak jadi apa? “ tanya pokcik pada suatu petang yang santai. Pokcik sengaja panggil dia bila melihatkan dia asyik berlari2 jek gaya koboi mengejor kudanya yang terlepas gegege..

“ Atuk..Dol nak jadi penyanyi la..nak masuk Akedemi Fantasia.. “ jawabnye penuh yakin seraya mengangkat tangan menyanyi lagu apa2 tah..bunyi macam menuju puncak.. menuju pondok.. menari pencak..haa lebih kurang bunyi itu la..

Pokcik punyalah terperanjat sampai terkentut2 dibuatnya..Lantas Dol berubah wajah. Matanya terpejam sambil hiudngnya tersenget2. Tangan kirinya memicit hidung, sementara telunjuk kananya bergoyang2 dihala kepada pokcik..

“ Atuk jangan lupa pakai pampers tauuuuuuu !!! “ katanya, sebelum berlari2 pergi dengan ketawa yang pecah berderai2. Suka tul dia..

Pokcik pula semakin terpinga2.. ( dan terkentut2 lagi..) hik hik


Alahaii si Dol nih.. macam2 la ko nihh...

Awan pagi ini...

Pagi ini suasana sungguh dingin sekali, entah kenapa dilangit sana sangat cantik dan cerah putih halus dan mulus horizonnya. Terdapat awan yang bergumpalan meleret2 bergerak. Sejambak sana sini dan berambal2 halanya. Dalam pada terpesona2, memang boleh pokcik lihat gerakannya, perlahan dan tersusun.

Oh! Pokcik jadi terpaku memandangnya tanpa berganjak walau sedikit. Ralit menatap hingga jadi asyik hati ini dibuatnya.


" Alahaii awan, kalaulah engkau dapat kugapai, akan turut perjalananmu hingga sampai ke kaki pelangi. "

Perasaan halus menitip dijiwa. Keindahan yang seketika boleh mengubah rawan seusia..


"Duhai awan yang bergemawan, sudilah kiranya kau menemani ku saban pagi, usahlah merajuk lagi " alahaii..

Tetiba2 jek mengacah diminda, akan sebuah lagu yang di popularkan oleh M.Nasir suatu ketika dulu berjudul “semakin jelas “..

Rasanya semakin jelas
Ingatan yang pernah terkikis dek zaman
Bila bersanding berdua
Dalam mimpi bagaikan nyata

Dan semakin nyata
Harummu sayang

Ku ingin menatapi wajahmu.. sayang..
Sedikit pun tak berganjak… sayang

Wednesday, November 29, 2006

Antara tetikus dan tetangan...

Pokcik teringat lepak2 pokcik dua malam yang lepas. Alahaii..sungguh enak sesekali melepak diatas tu. Walau pun soang2 diri, tapi rasa cam seronok gitu. Bila di toleh kanan dan kini terserlahlah panorama perumahan yang besor2 binaannya dan cantik dekorasi ruang depan dengan lampu yang serba malap2. Tak macam pondok pokcik, melepak dianjung akan hanya nampak kelam dan sayup2 jek cerahnya dari kejauhan.

Uii! tak sia2 pokcik merayap2 ke warung mamak malam tuh. Dok tingkat atas lagi tu..hik hik. Secawan kopi tongkat Ali serta roti telur (tanpa bawang) sudah cukup untuk menyelerakan tekak ini selain memandang skrin TV tentang cerita yg tah apa2 hingga tak terpaham pokcik dibuatnye hik hik..

Tidak lama bersunyi2 diatas, beberapa oang pelanggan mulai datang dan memenuhi tempat duduk disekeliling. Namun kebanyakannya dari mereka adalah golongan muda mudi yg lebih mirip kepada pelajar2 Univ. Ada yg datang berdua, berkumpulan dan solo2 sahaja.

Oh rupa2nya dowang nak study dan mengadakan discussion..Sebab pokcik nampak dowang bawak buku2 dan juga komputer. Hik hik alahaii bagus tul budak2 nih..Rajin2 mereka nak berjumpa sesama untuk mengaji ilmu serta menambah pengetahuan selain dari berperah2 otak utk exams ( barangkali juga sebab biasakan, study last2 minit hik hik ). Cuma sekarang nih dah serba canggih la..sebab pokcik nampak komp riba yg dibawanya sekali ( yg tidak diletakkan diriba malahan diatas meja lah jua) macam mahal jek. Uii! Canggih tul dak2 sekarang nih. Celik mata dah tahu komputer seme2. Dulu pokcik , dah lepas sekolah pondok pun tak kenal calculator lagi.

Cuma yg hairan dan tampak luar biasa tu, ialah jenis yg study berdua lelaki perempuan bercouple2 gituu. Bersungguh tul mereka discuss, macam terlebih discuss sampai hari tua gituu hik hik. Mungkin juga saja nak berendek2 gituu... Pokcik rasa ler, sbb ada satu pasangan nih..mengenyam semacam jek. Dok rapat2 sambil gelak ketawa. Konon nak wat kerja komputer tapi, tak de menaip apa pun..

Tetikusnya komputernya pula kekal kaku, tak bergerak2..tapi “tetangan”nya saja yg bergerak sambil meramas2 jejari halus mulus yang lagi satu tu.. alahaii…

Semalam yang sunyi...

Duduk melepak dianjung tanpa melangkah ke alam maya, sungguh enak dan mendamaikan. Walau pun yg dilihat ke langit hanyalah cahaya halus bintang yang jauh, namun gelapnya bagai mengundang hujan amat2lah dinanti2kan.

Begitu juga bila mata merayap keserata alam, pun hanya gelita sahaja yang terhampar, kadang2 tersayup cahayanya disini sana.

Dalam masa yang sama hati ini tak boleh nak berpura2. Rindu mencengkam jiwa dan menyayat2 hatinya. Alahaii pokcik rasa sunyi sangat.

Sesekali kenangan datang mengusik jiwa , pokcik jadi tak keruan.. Rasa cam nak nyanyi jek lagu Jeffrydin tu , “ Kenanganku… kepadamu..sewaktu engkau , disamping ku.. “ hik hik alahaiii..

Monday, November 27, 2006

Pokcik bersangat2an sana sini dan situ..

Alahaii.. lama sungguh pokcik tak mencoretkan sesuatu disini. Rasa macam rindu plak gituu kekekeke.. Rindu pada umah sendiri..hik hik. Geli plak ketiak pokcik mendengornya. Namun begitu, bukannya pokcik tak sudi atau tak beridea baru, tapi tu lah… banyak mende yg berlaku saban hari disekeliling sampaikan pokcik rasa2nya lebih banyak termenung dari menulih.

Termenung akan macam2 perkara. Fikiran merona2 kesana sini dan situ. Salah satu sebabnya yang membuat pokcik jadi sedih bersangat2an, ialah kerana Aidil Fitri sudah lama berlalu. Hmm… entah bilalah lagi akan ketemu. Walau pun ia akan hadir tahun depan tapi pokcik nih, ntah ada atau tidak, ntah sempat atau tidak menantinya? Maklom ler, usia dah menganjak sahur nih..sementelaah badan pula asyik sakit2 sana sini situ..aduhaii..

Di tambah pula dengan hujan yang semakin bermesti turunnya disana sini situ. Lagi2 lah membuat hati ini jadi sayu bersangat2an selain mengubah mood dan persepsi melihat suasana sekeliling. Memang ini sudah musimnya. Tak mengapalah. Itu Tuhan punya kuasa.. kita reda je la, tak pun redah jek gegege. Kurang2nya kita dah bersedia mengalami musim2 yang sebegini. Jadi lebih berhati2 setiap hari dalam merancang perjalanan atau apa2 kerja yang hendak dilakukan. Dan jangan lupa juga, bawak payung..gegegege

Dan lagi, yang terlebih2 sedih, pokcik nye medium maya yang merealisasikan kehadiran pokcik melepak dianjung pondok saban malam akan jadi sepi. Kerana mediumnya yang lebih popular digelar kebanyakan oang sebagai “komputer” dilanda sakit sana sini dan situ, yang bersangat2an kroniknya juga. Apa kan daya, dia pun tua macam pokcik jugak. Sesekali nak juga sakit hik hik.

Iyo laa… nanti pokcik usahakan untuk membaikkan kau. Kalau tak pulih diasap Tok Lipat, pokcik hantar ke pondok Tok Batin Upai nun jauh diatas gunung sana. Tak kisah ler gimana caranya, janji ko baik2 aje.

Nampaknya sekarang nih, lepak2 pokcik dimalam hari hanya pokcik saja yang tahu. Tak dapatlah nak menyapa korang seme malam2.. Siang2 tu jek laa hik hik hik..alahaii..

Mungkin ada jua hikmahnya disebalik kerosakannya. Nak suo pokcik berehat jek kut, tido awal, bior badan sihat..hik hik Kalau tidak huh! bertenet sampai lupa2 diri. Alahaii apa nak wat..oang tua yang glamer bersangat2an lah katakan gegegegege… kekekekek hik hik..

uhuks..uhuks..! ( alah, batuk plak dah.. )

Alahaii bersangat2an gitu sana, sini dan situ2 nya ..

Monday, November 20, 2006

Alahh..hujan jugak punn..

Petang semalam, pokcik memandang langit dengan penuh tanda tanya. Dari awal pagi membawa ke tgh hari nampak macam cerah sahaja di atas sana. Biru menghiasi dada langit dengan beberapa gemulan awan gemawan yang berarak mesra.

Pabila awan putih itu dilarat sampai ke petang, pokcik lah oang yg paling suka sekali kat bumi ni. Maka berdetik2 lah rasa hati nak beluar bersiar2an, menghirup udara segar sambil bermain buai2an..gegegege..

Pokcik duduk diatas sebangku besi, memerhatikan telatah kanak2 berlari, ketawa, bermain dengan begitu riang ria sekali. Oh! sungguh indah sekali suasana di petang ini. Dah dekat hampir pukul 6 ptg pun masih lagi terik mentarinya sampai pokcik jadi yakin sungguh2 yg hujan tidak akan turun pada waktu2 begini. Suka betul hati pokcik, dan petang itu pokcik hanya duduk2 saja sambil memuji2 serta menikmati keindahan alam semesta ini.

Namun apabila kaki mula bangun dan bergerak selangkah untuk pulang , tiba2 langit bertukar kelam. Entah dari mana awan gelap itu muncul, sambil diselang seli dengan bunyi guruh serta angin serba laju. Pokcik jadi tak keruan, tercangak2 kehairanan memandang langit yang muram. Tanpa disuruh2, lantas pokcik membuka langkah serbu lalu berlari pulang..

" Amboi2 langit nih, baru puji sikit dan nak hujan..iksh iksh "

Dan tidak lama lepas tu, hujan dan angin sama2 naik gila.. Pokcik terkebil2 di anjung pondok..Bila dah terlalu kuat dan tak terkawal cemperanya, pokcik lari kedalam. Duduk diam2 sambil memegang tiang rumah dengan rasa takut sekali..takut kalau2..

Pondok pokcik tercabut bumbungnya dan dibawa pergi..

Takut kalau2 tiang atau seluruh pondok roboh dan berserakan di tiup angin merata.

Takut kalau2, jantung pokcik pun tercabut sama..alahaiii..

Pandang-pandang , dongak-dongak..

Sekarang nih , kalu nak keluar berjalan , bukan setakat pandang2 depan belakang kanan ini. Tapi kat atas tu pun nak selalu di dongak jugak..gegegege..

Agak2 muram atau kelam jek..baik ler jalan2 dalam umah jek.. alahaiii

Tuesday, November 14, 2006

Basah ditimpa hujan...

Siapa sangka petang semalam sedang pokcik berjalan2 pulang dari kedai, hujan turun tiba2. Lebatnya tak terkira. Namun badan tua nih tak mampu rasanya nak berlari menyelamatkan diri. Tak kuat rasanya tenaga nih. Maka jalanlah juga pelan2. Payung pun tak de, hanya suatkabo jek buat pengalas kepala ( kekonon buat2 syarat yg kite tahu hujan turun ler tuu ).

Kali ini pengalamannya jauh berbeza. Sakit tubuh badan pokcik nih disimbah hujan yang menggila dan kasar2 rintiknya. Lebat dan deras sampai jadi lencun tubuh pokcik dalam sekejap masa. Ditambah pula dengan angin yang sekejap lurus dan sekejap songsang. Nyaris2 membuatkan pokcik melayang2 ke dalam parit. Huh! angin satu badan pokcik dibuatnya..

Bila dia menimpa tubuh kurus ini, sakitnya ibarat ditusuk sejuta peluru. Setitik demi setitik macam kena betul pada tulang2 dan urat2 utama. Tergetap2 gigi pokcik dibuatnya selain mengiggil2 kesejukan. Raut muka nih tak daya lagi dah nak menahan, kebas2 dibuatnya umpama membuat extreme facial gitu hik hik.

Dalam pada meredah dan berjalan perlahan2 tu, pokcik rasa macam nak menangis jek. Tak sangka hujan begitu menyakitkan sekali dikala ini. Sampai betul hatinya mengganyah si tua ini. Sampai hati kau hujan oii..


Pabila pokcik lepak2 dianjung dan melihat dari perspektif yang kering ( sebab tak kena hujan) nampak lebih mengasyikkan dan indah2 belaka. Dan, apabila dah berada ditengah2 terjahannya, rasa macam nak pengsan dibuatnya. Jarak yang dekat menjadi terlalu lama2. kaki jadi lemah melangkah bila meranduk air yang bergenang sana sini. Sekejap2 datang motor melaju dan memercikkan air, sekejap2 datang pula kereta lori menyimbah air sampai tergebang2 kain pelikat pokcik hingga hampir2 ternampakkan yang gebu2 gitu..hik hik..

Sesampai di umah, pokcik menangis lagi..sebabnya terlupa boli kopi Tongkat Ali. Tadi memang dah ada dalam kepala. Rasanya2 hanyut kut diterpa hujan. Lupa semua. Biskutnya memang dah ada tersedia. Aduss..cam mana nak lepak2 nih..iksh iksh..

Tak apalah, kurang2nya pokcik ada bantal bucuk..gegege..uuuu .


Jangan besok deman dah ler..alahaii hik hik

Sunday, November 12, 2006

Suatu pagi..

Hik hik hik lawak nye..

Semalam pokcik ralit menenguk cite P.Ramlee " Seniman Bujang lapuk"..kerap2 pokcik ketawa terkekeh2. Memang kelakor sungguh aa. Tak menjemukan langsung, apatah lagi mengenangkan dialog2 lucunya...

" Haa..jaga2 Cik Salmah..hati2 Cik Salmah..haa jagaa...jagaa "

" Hai cik Salmah, kopi jek ke ? nasik2 tak de ke ? "

"Apa tu Romlee "
"Kutu babi "
"Haa! kutu babi... , alahh..batal air sembahyang aku.. "

" Tapi, tuan , kasilah satu satu pompuan , kalau tak de pompuan saya tak boleh berlakon.."

"Walaupun rupamu buruk, tapi lobang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku.. "

" Hey..hey..heyyyyy Hang jebat...! " ( dgn suara ketar2 )

" Aku Sarip Dol , samseng kg Dusun .. "

dan lain2 lagi..alahaii..

Friday, November 10, 2006

Jawaban yang tak pasti..

Beberapa hari yg lalu tidak dapat dinafikan rasa hendak menulis begitu berat sekali. Tak tahu kenapa? Tangan ini tak de rasa nak menaip2 dan kepala otak kanan nih pun tak de tercas2 untuk memikirkan sesuatu. Puas sudah dipujuk2 dan diumpan2 dengan tidur yg panjang ( dengan harapan bangun nanti badan akan jadi segar dan banyak ideanya). Namun hanya sia2 sahaja, yg dapat hanyalah badan lesu serta otak serba kematu akibat rehat yang terlalu dipanjang2kan.

Kadang2 bila baru melancar menulis, tersenggut2 pulak dipertengahan sehingga langsung hilang mood nak menyambungnya. Terbit pulak rasa nak menyambung tidur gegege..Aduhai..apa kena ngan pokcik nih? Berhibernasi sakan mengalahkan memerang di pinggir tasik..hik hik

Adakah kerana terlalu kerap hujan turun sehingga segala idea dan semangat pena dibawa mengalir sama entah kemana? Adakah kerana suasana raya yg melalaikan sehingga yg bekerja adalah enzim2 perut sahaja sedangkan otak hanya menghantar isyarat sedap2 makan? Adakah sudah datang penyakit2 misteri yang menyerang saraf2 utama pokcik untuk jadi lebih tak sihat dan kronik? Atau hakikatnya, mungkin nikmat atau skill menulis serta berfikir2 pokcik sudah semakin tumpul dan keras kejong. Atau.. adakah pokcik sudah jatuh hati? Oh! Tidak , Sungguh suspens sekali bab yang akhir2 tuh. Aduh!.. boleh jadi kencing manis pokcik hendak memikirkan2nya.

Barangkali juga pokcik diserang " mentol block " . Mentol, yang bercahaya ibarat idea datang atau banyak idea. Bila di block, terus padam dan hilanglah idea dan semangat seme2.. hik hik

Melepak2 di anjung juga terlalu menakutkan kerana otak yang seringkali jadi statik, tidak seperti selalu2nya. Mampu memikir dan mentafsir suasana alam diwaktu malam dan juga hakikat yang tersirat2 maknanya. Kadang2 dia jadi berselirat membuatkan pokcik rasa nak menggeliat2 jek ( nak tido la tuu)..

Namun sebagai oang yang melewati batas2 senja. Pokcik reda. Tidak semua oang akan sentiasa ceria dan cergas. Ada musim2 bila mana kita rasa tak bertenaga, tak ber idea dan ingin berehat2 sahaja.

Buat masa ini pokcik tak dapat buat post mortem lagi akan akan "angin" yang melanda dalam diri ini. Harap2 ianya tidak berlanjutan.

Apa2 pun terima kasih pada semua kerana sudi berada disini , menyokong yang mendorong si tua ini untuk terus bersuara. Cuma korang lom lagi "mendukong" pokcik jek..haaa bila tu ? hik hik..
Dan lagi, selamat bercuti hujung minggu . Raya masih ada lagi, banyak umah masih terbuka untuk dilawati.

Apa2 pun, jangan sampai tak meriah gitu..alahaii

Thursday, November 09, 2006

Ceritaku ceritamu..

Alahaii..lama tul pokcik tak menulis disini. Rasa macam banyak mende , tapi rasa cam tak de mende..iksh iksh..

Tapi satu mende jek yg pokcik nak cakap ..

Err..err semalam petang hujan turun..hik hik.

Tuesday, November 07, 2006

Nak beraya..



Ooo pokcik! kami dtg nak beraya..nak raya..nak raya..

Dannn..nak duit raya sekalii..oooooo

Opocots..! alahaii..lompat2 lak dia..iksh iksh gegegege

Alahaiii..mende tempek2 nih..hik hik

Monday, November 06, 2006

Erks! Alhamdulillah..

Siapa sangka weekends lepas, murah rezeki pokcik dijemput ke rumah terbuka sana sini. Maka dengan hati dan perut yg terbuka2, pokcik tidak menolak semenya. Mana yg terlarat sekitar2 sini, pokcik gi laa. Yg mana jemputan jauh2 tuh spt London, Afrika, Tonga, Zimbabwe, Greenland, Afghanistan, Kongostan dll tu pokcik mintak maaf ler, takut nanti sampai sana jek dah raya hari ke 38 plak..kekeke

Maka menu2nya, kalau nak dicerita, sehari tak abih. Fuhh! penuh satu meja dilambaknya, sampai terlindung kain alas mejanya yg cantik2 tu. Yang ketara adalah kuih berwarna warni serta lauk pauk yg kadang2 lebih kurang sama cam raya pertama dulu. Lain dari itu ialah makanan2 berat yg membuatkan "berat mata memandang, berat lagi perut nak mengendungnya" (selepas makan).

Pokcik tak kisah..oang jemput kite datang ler., walau pun sekadar makan jemput2. Walau kadang2 si tuan umah merendah2 diri, tak de apa nak hidang, tak de apa nak beri , tapi satu jek yg pokcik selalu jawab..

"Tak pe.. Yang tak ada tu, tak payah keluarkan.. " hik hik hik gegegege alahaiii..
(sambil usap2 perut yang kebutongan)

Saturday, November 04, 2006

Cerita hujan lagi ( shhhtttt..diam2....)

Oh tidak! , petang semalam si dia turun lagi...
Pokcik mengurut dada..menahan2 diri dari teruja sambil mengemam mulut2 supaya tidak berbicara mengenainya lagi. Namun dalam hati ini, sukanya bukan main..gegegege..

Dan pagi ini..err err..err pokcik nak cakap..err..
Selamat berhujung minggu..Selamat berhari raya lagi ke open2 house sana sini. Kalau ada yg terlebih2 open tuh ajak ler pokcik tua nih sekali..hik hik..
Pokcik nih makan tak kuat sangat.. berpantang lagi..

Pantang nampakkk! Sapuu bersihhh teruss ! Gegegege kekekekeke alahaiii...

Friday, November 03, 2006

Hujan turun lagi..

Petang semalam hujan turun lagi..
Tapi pokcik tak nak komen atau cerita apa2..hik hik..
Karang ada plak yg kata , " pokcik nih tak abih2 ngan hujan dia.." gegegege
Atau , kut2 ada nanti yg gelarkan pondok pokcik nih , sebagai "pondok hujan" plak kekeke..
Alahaiii..

Wednesday, November 01, 2006

Hujan yang menggila...

Semalam, lebih kurang pukul 1 tgh hari , hujan turun bukan main lebat lagi. Di tambah dengan bunyi guruh yang tak hent2i serta dentumah kilat yang maha menakutkan.

Hujan2 yang sebegini2 terlalu mengecutkan hati tua pokcik utk duduk lepak2 di anjung dengan niat menkmati. Silap2 boleh kena sakit jantung akibat kekerapan keterperanjatan yang berulang2 hik hik. Bunyi petir jek sudah cukup kuat dan mengerikan.

Angin pula, bertiup sungguh laju. Kalau pokcik berada diluar dan mendepakan tangan, mahu saja pokcik diterbangkannya gegege. Bumbung pondok nih, rasa macam mahu terangkat jek. Dinding2 pun sama, bergegar2 macam di honggah seribu oang. Pokcik takut kalau tiba2 ianya roboh dan menimpa diri ini..

Pokcik hanya duduk didalam diam2 sambil berdoa panjang2. kadang2 tersasul terbaca doa masuk tandas. Alahaii.. gelabah punya pasal.

Dalam pada itu, berpautlah pokcik pada sebantal busuk yg kusam dan selimut seluruh badan sambil mata dipejam rapat2. Dalam hati ini, takutnya tidak terkira. Deruan angin dan desah hujan betul2 merisaukan.

Pokcik pejam mata lagi rapat2 dan akhirnya zztttt..kroihhs..kroihss..alahaiii