Alahaii..dah lama sungguh pokcik bercerita pasal Pulau Mahsuri nih. Kalau nak diikutkan seminggu dua pun tak habis. Mungkin kerana ramai yg dah boring , maka terpaksalah pokcik menyudahinya walau pun hati rasa berat . Kerana pokcik rasa perjalanan kali ini begitu menggamit sekali nalurinya .
Apatah lagi melihat keindahan pinggir bandar yang masih hijau dan asli . Juga melihat sebahagian taraf hidup penduduk yang masih lagi nampak sederhana dan jauh dari pembangunan semasa. Pulau lagenda tersebut walaupun nampak gah dan dikenali ramai , namun ada diantara cerita2 atau reality sebaliknya yang jarang sekali diperkatakan.
Banyak tempat2 yang pokcik nak cerita secara khusus , tapi tak mengapalah . Biarlah ia menjadi sebahagian dari kenangan pokcik sewaktu berada disana. Pokcik tahu bukan semua oang nak dengar pasal perjalanan si tua nih . Apatah lagi bila dirapu2kan dengan rencah yang agak melorat sedikit. Alahaii..
Lagi pun banyak perkara boleh cerita kan ? Banyak kisah2 yang hangat digossipkan disana sini. Habis tuh nak buat cam mana ? Dunia pokcik agak terasing sedikit disini . Segala2nya serba terhad sebagaimana terhadnya otak ini dalam mencerna segala yang berlaku disekitar.
Benar kata oang , pabila kita dah meningkat tua , maka segala2 ingatan akan menjadi luput sedikit demi sedikit . Dan kenangan yg manis dan mengusik akan jadi segar ( dan selalu diulang2..alahaii ). Iksh iksh tersayat plak hati ini tetiba..adehh..
Nanti pokcik kisahkan ler cerita2 baru . Tapi toksah ler mengharap sesangat. Maklom ler..sejak2 dua menjak nihi , badan pun asyik tak sihat jek..musim hujan berselang seli. Batuk beberapa hari , sesekali mengulit bahu yg pernah " terlari " . Aduhh lenguh2 plak kepala lutut nih.
Tak apalah . Lagi pun hari ni dah pun hari Jumaat , esok lusa dah cuti , leh rehat sikit.
Pokcik ucapkan Selamat bercuti hujung minggu pada semua. Semoga ceria selalu hendaknya.
sy syorkan awak bukukn aje cerita2 humor awak ni. sy janji akan beli satu buat koleksi.
ReplyDeletenor ash burn - amboi2 terharu kite. Sekurang2nya laku satu ek ? kekeke..Tah ler , pokcik tak meletakkan harga pd setiap perkataan pokcik nih..tapi suka melihat senyuman diwajah oang lain ahaks *wink* hik hik
ReplyDeleteI have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Burlington pilates Sports trainer equipment Sports equiptment Aegtson security video recorder
ReplyDelete