“Sekarang Bazar Ramadan kan dah berlambak. Tak payah awak susah-susah nak masak-masak. Tinggal kita berdua je. Beli je lagi senang. ” Jawap Wak Junip pada Mak Miah pabila ditanya hendak makan apa masa berbuka nanti. Mak Miah mengangguk saja. Lagi senang dia tak payah masak.
Maka pada petang yang nyaman dan indah itu, bermotosikallah Wak Junip ke Bazar Ramadan yang berhampiran. Kelabu biji matanya melihat aneka makan yang pelbagai lagi mengecurkan selera.
Nampak karipap, boli…
Nampak kuih bom , boli…
Nampak popia, boli…
Nampak lauk ayam kicap, boli….
Pendek kata banyaklah yang diboli. Alah, sekadar rasa-rasa gitu barang seketul dua.
Sebaik azam bergema.
Satu persatu kuih dirasa tapi semunya hampeh.
Rasa karipap, karipapnya masin,
Rasa kuih bom, kuihnya keras belentum, macam bom betul,
Rasa popia, intinya pulak basi. Lembik semacam je.
Dan lauk ayamnya, mak uiii... kerasnya. Sampai nak tercabut gigi mengunyahnya.
“Ini ayam pencen ka atau ayam jatuh lori?” Omel Wak Junip sambil terpejam-pejam mengiggit. Tersiksa sungguh keadaannya. Akhirnya wajah Wak Junip berubah kelat.
“Esok-esok awak masaklah…,” katanya sepatah sebaik selesai berbuka. Hatinya sudah radang.
Mak Miah ketawa dalam hati..
Alahaiii…
Peristiwa Pilu 11 April 2021
5 years ago


