Tuesday, June 27, 2006

Kembali melepak ..

Alahaii ! , lama sungguh pokcik tak bersantaian lewat malam dianjung pondok buruk nih . Maklumler sejak beberapa minggu lalu keadaan tak berapa mengizinkan disamping keadaaan cuaca yg sering kelam lantas menyembunyikan sang rembulan ewahs. Aisey man , cantiknye bulan malam ini . Terang bercahaya walaupun separuh.

Hmmm..terlalu banyak yang hendak difikirkan tatkala mata sudah mula ralit2 mengantuk nih. Si kuning masih lagi memanjang berbaring , tidur gaknye . Lagipun jap lagi katanya ( dalam bentuk ngiaw2 ) nak gi warung mamak nenguk bola . Alahaii , peminat Brazil seekor nih , bersungguh benor sejak musim2 bola nih. Nasib baik bulu kaler kuning , senang tak payah kaler2 ahaks kekekek..

Seharian diumah , seharian berjalan , melayan tetamu , duduk2 dan lepak2 membuatkan pokcik jadi letih dan penat. Walau pun rasa2nya tak masuk akal langsung alasan pokcik nih , tapi itulah dia hakikatnya , pokcik penat tanpa sebab.

Agaknya kalau dulu pokcik masih muda, segor , kuat dah gagah , tentu tak seletih ini pokcik rasa. Namun apabila masa merangkak pergi , membawa sama kederat dan semangat , terasa akan lemah dan tuanya tubuh ini.

Domkian ler , putaran hidup ini. Oang lebih suka bersantai terlalu awal , sedangkan pada masa2 yg ditetapkan dalam hayat kita , ada masanya kena belajar , pas tu kerja kuat2 , berkeluarga , menyara , bersara dan akhir sekali tua dalam ceria.

Oang kite selalu malas ? iye ke ? Tah ler , malas pokcik nak komen , sebab pokcik pun hik hik kadang2 malas juga. Tapi pokcik oang tua pe , ada excuse skit..hik hik

Yang muda2 nih..elok laa rancang masa depan..jangan jadi macam pokcik..bila dah ganyut2 gini, tenguk balik muda mudi yg dah berjaya , tahu menggunakan masa dan cerah masa depan , pokcik jadi jeles pulak. Tapi tak leh nak salahkan sesiapa lah . Silap pokcik jugak. Apa yang berlaku akan datang adalah bertitik tolak dari tindakan kita hari ini. Walau pun oang kata “ Alaa muda lagi..banyak masa nya nih ” Tapi kena ingat , kadang2 masa tak pernah lupakan kita , sekarang nih masa berlalu..mak iii tersangat lah cepat..

Ok laa banyak plak pokcik nih merepek. Mungkin jauh diceruk dapo hati ini , pokcik agak terkilan dan kecewa dengan masa muda2 pokcik dulu. Masa2 waktu dapat peluang dan , tah ler..menghampakannya ( barangkali ). Dan skg terkenang semula dengan seribu kesal. Takperlulah pokcik cerita panjang..bior ler rahsia ini kekal bersama pokcik. Cuma apa yg boleh fikirkan , haii kalau lah pokcik dapat jadi muda semula..

Tapi masa itu . Ah ! tak mungkin akan kembali. Ia datang sekali . Kalau kita tak buat apa yg sepatutnya , kita akan menyesal . Dugaan yang banyak dengan nafsu yang terlalu perlu ditangani dengan bijak . Tak perlu rasa gusar , kita ada yang mendorong dah menasihati seperti ibu bapa , keluarga , sahabat handai dll . Tapi entah la..kadang2 kita tak mahu dengar . Last2 sendiri rasa ler . Hmmmm sayang sekali .

Oleh itu , sekelian yang dikasihi , jangan persiakan usia muda anda. Rancanglah sebaik mungkin supaya masa berjaya demi depan anda ..

Dengar lah nasihat pokcik ini , dengar lah..dengar lah..hmm hmmmzzsxxtt zzz zzzz kurr kurr krohh..kroihhss

( Aiks ! tidoo plak pokcik nih..laa haiii , penat sangat ler tuh ikh ikh ) . Alahaiii..

1 comment:

Anonymous said...

Enjoyed a lot! »